Parti Sabah, Warisan mengesahkan mereka memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah tanpa membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain, kata presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, walaupun pelbagai spekulasi dan khabar angin timbul mengaitkan Warisan dengan parti lain sebelum ini, pihaknya lebih selesa bertanding sendiri.
Sebelum ini ada spekulasi Warisan akan membentuk pakatan dengan UMNO dalam pilihanraya Sabah akan datang.
Warisan dilihat cenderung untuk bekerjasama dengan UMNO berikutan peranan kedua-dua parti itu dalam cubaan menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi ‘Langkah Kinabalu’ pada Januari 2023.
Selain itu, kedua-dua parti turut didakwa menjalin persefahaman mengenai agihan kerusi bagi mengelak pertembungan di antara calon UMNO – Barisan Nasional (BN) dan Warisan pada PRN-17 nanti.
Warisan memenangi 23 kerusi iaitu jumlah paling banyak mengikut parti ketika PRN-16 pada September 2020, sebelum sebahagian wakil rakyatnya keluar parti menyebabkan kerusi disandangnya kita hanya berbaki 14 kerusi, kebanyakannya di kawasan pantai timur Sabah.
Mengulas lanjut Shafie, tiada sebarang kerjasama antara Warisan dengan mana-mana parti dan beliau yakin parti berbilang kaum itu mampu mengulangi sejarah Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pernah memenangi pilihan raya bersendirian pada 1970-an hingga 1990-an.
“Kita nyatakan tidak pernah ada perbincangan atau keputusan bergabung dengan mana-mana parti. Setakat ini, Warisan, kita akan bertanding secara solo.
“Kita tawarkan keupayaan kita, mungkin kita tidak banyak duit, tapi kita pemimpin orang Sabah di sini, tidak kira bangsa, sama ada Kadazandusun Murut (KDM), Brunei, Kedayan, Bajau, semuanya di sini,” katanya.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu ditanya mengenai pendirian Warisan mengenai kerjasama politik dengan parti lain bagi menghadapi PRN-17 yang boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang, berkata jika berjaya membentuk kerajaan selepas PRN17, Warisan mampu membawa Sabah ke arah yang lebih baik.
“Kita menyatakan bahawa keupayaan kita untuk meletakkan Sabah dan rakyat Sabah di landasan yang sepatutnya,” katanya.
Sebelum ini, Warisan dilihat cenderung untuk bekerjasama dengan Umno Sabah berikutan peranan kedua-dua parti itu dalam cubaan menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi ‘Langkah Kinabalu’ pada Januari 2023.
Selain itu, kedua-dua parti turut didakwa menjalin persefahaman mengenai agihan kerusi bagi mengelak pertembungan di antara calon UMNO – Barisan Nasional (BN) dan Warisan pada PRN-17 nanti.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan pemimpin kedua-dua parti.
Warisan memenangi 23 kerusi iaitu jumlah paling banyak mengikut parti ketika PRN-16 pada September 2020, sebelum sebahagian wakil rakyatnya keluar parti menyebabkan kerusi disandangnya kita hanya berbaki 14 kerusi, kebanyakannya di kawasan pantai timur Sabah.-9/3/2025