Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Perkembangan terbaru siasatan SPRM keatas kes Ismail Sabri - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Perkembangan terbaru siasatan SPRM keatas kes Ismail Sabri

Perkembangan terbaru siasatan SPRM keatas kes Ismail Sabri

Siasatan SPRM keatas kes rasuah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang rancak berjalan sementara menanti bekas Perdana Menteri ke 9 itu beri keterangan lanjut setelah selesai cuti sakitnya pada Rabu.

Ikut laporan media beliau dijadual beri keterangan berkenaan pada Khamis ini.

Sebelum ini Ismail Sabri telah memberikan keterangan kepada SPRM pada 19 Februari lalu selepas membuat pengisytiharan harta tersebut secara rasmi pada 10 Februari lalu.

Dalam pada itu SPRM setakat ini telah menyita 13 akaun dengan simpanan berjumlah RM9.33 juta yang terlibat dalam siasatan kes berkenaan.

Ikut laporan akaun tersebut dikatakan milik individu termasuk empat bekas pegawai Ismail Sabri yang ditahan oleh SPRM baru baru ini.

SPRM setakat ini dilaporkan sudah merekod keterangan daripada 36 individu melibatkan 32 saksi dan empat yang ditahan sebelum ini.

Ikut ceritanya sebanyak 23 saksi baharu belum direkod keterangan manakala empat yang berkenaan sedang disambung rakaman percakapan.

Pada 2 Mac lalu, SPRM mengesahkan jongkong emas tulen seberat 16 kilogram bernilai RM7 juta dan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang telah disita oleh agensi berkenaan dari premis yang dikaitkan dengan empat pegawai kanan kepada Ahli Parlimen Bera itu.

Siasatan ke atas Ismail juga dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.- 11/3/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *