Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Pendapatan ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Pendapatan ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun

Pendapatan ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun

Seorang Ahli Parlimen layak menerima elaun tetap sebanyak RM25,700 sebulan, selain elaun dan tuntutan lain yang ditetapkan mengikut kelayakan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

PMO dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan perkara itu susulan dakwaan sesetengah pihak, khususnya Ahli Parlimen sendiri, yang mendakwa pendapatan mereka terlalu rendah sehingga terpaksa berhutang untuk menampung kehidupan seharian.

Menurut kenyataan itu, berikut adalah butiran elaun dan tuntutan rasmi yang boleh diperoleh:

Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Dalam Negara:

Elaun Hadir Persidangan: RM400 sehari
Elaun Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) / Jawatankuasa Pilihan Khas: RM300 sehari (semasa Parlimen tidak bersidang)
Elaun Mesyuarat Ahli PAC: RM250 sehari (semasa Parlimen bersidang)
Elaun Mesyuarat Taklimat Rasmi: RM300 sehari
Elaun Hidup Harian: RM100 sehari (dibayar berdasarkan kehadiran ke Dewan atau perjalanan rasmi melebihi 32km)
Tuntutan Perjalanan: Memandu sendiri, menggunakan pengangkutan awam atau udara


Tuntutan Penginapan: Hotel, lojing dan dobi

Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Luar Negara:

Elaun Makan: RM340 semalam
Elaun Hidup Harian: RM170 sehari
Tuntutan Penginapan: Hotel dan dobi
Tuntutan Pengangkutan: Pengangkutan darat dan udara
Tuntutan Kerugian Pertukaran Mata Wang Asing
Tip: 25 peratus daripada elaun makan

“Apabila dicampurkan, jumlah pendapatan seorang Ahli Parlimen boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000 sebulan, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, kenyataan berkenaan menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua Ahli Parlimen agar bijak mengurus kewangan dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah yang jauh lebih memerlukan bantuan.

Semalam, Anwar berkata pembangkang sengaja memainkan isu ini untuk menarik perhatian umum, sehingga ada yang mendakwa menghadapi beban kewangan dan terpaksa berhutang, sedangkan pendapatan serta elaun mereka boleh menjangkau sehingga RM40,000 sebulan.

Beliau turut menegaskan bahawa peruntukan bagi kawasan Parlimen, termasuk yang dikuasai pembangkang tetap disalurkan kepada rakyat tanpa mengira parti politik.

— BERNAMA- 11/3/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *