Suasana di depan komplek Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur gamat seketika pada Isnin.
Situasi ini tercetus bila berlaku pertengkaran terbuka antara bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dengan peguam terkenal dan aktivis hak asasi manusia Siti Kassim.
Ia berlaku semasa kedua mereka sedang menunggu kenderaan masing masing untuk beredar dari situ.
Mereka dipercayai ada urusan tertentu di komplek mahkamah itu.
Sebelum itu sebilangan orang Asli kelihatan menegur,beramah mesra dan bergambar dengan Adnan.
Waktu itu kedengaran suara wanita seolah perlekeh jangan percaya orang politik.
Wanita itu juga membuat dakwaan berkaitan kebajikan Orang Asli tidak dijaga.
Ini mendorong bekas Menteri Besar itu balas balik menyergah kearah Siti Kassim menafikan dakwaan itu sambil diperhatikan oleh orang lain yang kebetulan ada di situ.
Nada suara Adnan yang tinggi jelas kedengaran terus menghentam Siti Kassim.
Malah Adnan kelihatan menuding jari hampir dengan muka peguam itu.
Siti Kassim kedengaran mempersoalkan tudingan jari Adnan.
Pada ketika itu juga kedengaran suara sebilangan Orang Asli menyuarakan sokongan pada Adnan sambil bersorak dan tepuk tangan.
Namun kehangatan suasana itu berjaya disekat apabila beberapa orang kelihatan datang meleraikan pertengkaran mereka.- 28/4/2025