Kini tidak ada teka teki lagi dalam arina politik Sabah.Dalam menghadapi pilihanraya negeri Sabah ke 17 yang perlu diadakan Oktober ini Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sudah sah setuju untuk jalin kerjasama.
Kata sepakat itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi yang diadakan Khamis,semalam.
Hari ini,Jumaat Ketua Sektretariat Kerajaan Perpaduan Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail keluar kenyataan bersama beritahu kesepakatan itu.
“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan PH dan BN Sabah.
“Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan,” kata kenyataan itu.
Kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kini dipelopori oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama rakan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) Plus dengan beberapa parti lain.
Ini bermakna PH adalah rakan dalam kerajaan negeri Sabah sebaliknya BN pula di kem pembangkang.
Sedangkan parti yang menjadi pembangkang dalam DUN Sabah sekarang, khususnya UMNO/Barisan Nasional (BN), Parti Warisan (WARISAN) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) adalah rakan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Pelik bukan…GRS-PH Plus bersama BN, WARISAN dan KDM sama-sama mendukung Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan tetapi berlawanan antara satu sama lain di peringkat negeri.
Situasi ini tentunya sesuatu yang merumitkan jika mahu membentuk kerjasama politik.
Bayangkan jika kepemimpinan PH Pusat atau BN Pusat mahu BN Sabah bekerjasama dengan GRS-PH Plus sedangkan pemimpin BN negeri, khususnya UMNO tidak mahu berbuat demikian.
GRS adalah gabungan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).
Dewan Undangan Negeri Sabah ada 73 kerusi.
PRN negeri itu yang lalu diadakan pada September 2020.
Pada 1 Mei lalu, BN Sabah dilaporkan akan bertanding 40 daripada 73 kerusi DUN pada PRN17 negeri itu.
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir dilapor berkata, baki 33 kerusi diberikan kepada PH.
Kebelakangan ini Hajiji dilaporkan kata beliau yakin GRS yang disahkan sebagai sebuah entiti politik rasmi pada 11 Mac 2022 boleh menang PRN17.- 9/6/2025