Friday - 23, May 2025

Cerita bergambar…Anwar-Rafizi tenang tenang saja menjelang pemilihan panas

Share

Apakah Datuk Seri Rafizi Ramli akan terus berada dalam kabinet selepas pemilihan PKR yang berlangsung di Kongres Nasional PKR di Johor Bharu Jumaat ini?

Ini soalan cepumas semasa yang sedang jadi bualan ramai.

Gambar diatas sangat bermakna.Ia senario mesyuarat kabinet pada Rabu,semalam yang disiarkan dalam facebook Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Kelihatan Datuk Seri Saifuddin Nasution,Datuk Seri Mohamad Hasan,Rafizi,Anthony Loke,Zahid ,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Datuk Seri Fadilah Yusof semasa mesyuarat itu.

Dalam kepanasan kempen untuk berentap jawatan Timbalan Presiden dengan Nurul Izzah, anak Perdana Menteri yang juga Presiden PKR…Rafizi berulang kali kata beliau akan letak jawatan Menteri Ekonomi jika tewas.

Selain itu beliau juga ada kata jika Nurul Izzah tewas ia akan beri gambaran seolah ahli parti PKR sendiri tolak Anwar.

Semalam ketika ditemui wartawan pada Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya,Anwar kata pemilihan PKR 2025 sama sekali tidak akan menyebabkan berlakunya rombakan Kabinet.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau tidak akan menghalang jika ada mana-mana pimpinan berhasrat melepaskan jawatan dalam kerajaan disebabkan pemilihan parti berkenaan.

“(Pemilihan parti) ini pertandingan di antara sahabat karib dan kawan-kawan setia, tidak timbul sama sekali perubahan Jemaah Menteri.

“Saya tidak tahu (pasal rombakan Kabinet) tapi kita tidak boleh halang orang punya cita-cita (ingin lepaskan jawatan dalam Kabinet jika tewas pemilihan)… kalau tanya saya, tiada rencana sama sekali untuk buat apa-apa pun rombakan (Kabinet),” katanya.- 22/5/2025

Read more

khabar terbaru