Saturday - 24, May 2025

Rafizi tewas…Nurul Izzah menang dengan majoriti besar

Share

Setelah melalui tempoh kempen yang hangat dan mencuri perhatian satu negara…Datuk Seri Rafizi Ramli tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ini berdasarkan keputusan rasmi pemilihan yang diumum di Konvensyen Nasional PKR di Johor Bharu Jumaat malam.

Nurul Izzah mendapat 9,803 undi.

Namun undi Rafizi tidak diumum. Ada sumber kata undi Rafizi cuma 3,866 sahaja.

Rafizi yang duduk di sebelah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di pentas utama Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada kelihatan tersenyum mendengar keputusan rasmi berkenaan.

Sebelum itu ketika berjalan masuk seorang diri ke dalam dewan kedengaran para penyokongnya melaungkan ‘reformasi’ .

Semasa keputusan diumumkan Nurul Izzah yang duduk diatas pentas juga pula kelihatan beri isyarat seolah minta hadirin jangan bersorak sangat menyambut kemenangannya.

Seramai 32,030 perwakilan PKR layak mengundi pada pemilihan kali ini.

Dari 12 yang tanding jawatan Naib Presiden…empat orang yang menang ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari,Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Aminuddin Harun,Menteri Sains Teknoloji dan Inovasi Chang Li Kang dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan.

Amiruddin dan Ramanan adalah dari team Nurul Izzah manakala Amiruddin dan Li Kang team Rafizi.

Menteri Sumber Asli,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad yang sebelum ini merupakan penyandang Naib Presiden tewas.

Beliau adalah dalam team Rafizi.

Beliau sebelum ini tewas jawatan Ketua Cabang Setiawangsa, Kuala Lumpur pada selebriti Datuk Afdlin Shauki.

Nurul Izzah yang pertama kali masuk bertanding jawatan itu merupakan salah seorang Naib Presiden PKR sejak tahun 2010.

Rafizi yang kini juga Menteri Ekonomi pegang jawatan Timbalan Presiden sejak tewaskan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution pada pemilihan 2022.

Sementara itu untuk jawatan Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan menewaskan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.

Ini adalah kali kedua mereka bertembung.Pada Pemilihan 2022 Rodziah tewas.

Jawatan Ketua Pemuda yang disebut AMK dimenang tanpa bertanding oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan ,Kamil Munim.

BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL – OLEH HIEKAL ROSLI

Read more

khabar terbaru