Monday - 7, July 2025

Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan – Rafizi

Share

Mana Rafizi ? …semua orang tercari cari untuk melihat kelibatnya dalam dewan Pusat Konvensyen Persada di Johor Bharu semasa berlangsungnya Kongres Nasional PKR pada Sabtu.

Ikut cakap cakap yang berlegar sekitar dewan bekas Timbalan Presiden PKR itu tidak hadir pada hari akhir kongres itu.

Sebaliknya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah kelihatan di dewan itu sejak 8.40 pagi.

Ada yang kata Rafizi sudah balik ke Kuala Lumpur.

Kemudiannya…Setiausaha akhbar kepada Menteri Ekonomi itu, Farhan Iqbal, mengesahkan Rafizi telah pulang ke Kuala Lumpur pada pagi itu.

Sementara itu Sinar Harian lapor Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan memaklumkan bahawa Rafizi telah pulang ke Kuala Lumpur pada Sabtu.

“Semalam, selepas selesai pengumuman keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pusat , saya mengajak Rafizi untuk minum dan makan bersama.

(Gambar diatas selepas mereka minum dan makan bersama semalam…kemudian ucap selamat jalan pada Rafizi).

“Banyak perkara dibincangkan, termasuk luahan hati kami berdua. Rafizi pada awalnya memaklumkan akan hadir pada hari terakhir Kongres Nasional hari ini.

“Namun, pagi ini beliau memaklumkan bahawa beliau sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan kini sudah selamat tiba,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Rafizi telah menulis ulasan beliau tentang pemilihan PKR di laman facebooknya di bawah tajuk ‘TERIMA KASIH’.

Dalam catatan itu beliau antara lain kata tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan.

Beliau ucap terima kasih kepada penyokongnya dan rakyat Malaysia amnya.

“Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.

“Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi,”katanya.

IKUTI CATATAN PENUH RAFIZI DI LAMAN FACEBOOKNYA .KLIK PADA LINK INI UNTUK BACA CATATAN DIBAWAH TAJUK ‘TERIMA KASIH.’….https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan

Read more

khabar terbaru