Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah mendapat suntikan dana tambahan sebanyak RM200 juta untuk memperkasakan lagi bidang itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum berita gembira itu semasa merasmikan sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, pada Sabtu. Beliau berkata peruntukan tambahan yang akan disalurkan melalui […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
“Kita serahkan kepada budi bicara speaker dan tunggu persidangan Parlimen pada hujung bulan ini.” Itu kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai kes enam Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahlian oleh parti mereka. Menurutnya kedudukan kerusi enam Ahli Parlimen itu sama ada kekal atau dikosongkan akan ditentukan oleh Speaker […]
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan diumumkan minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau telah meminta Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memilih tarikh sesuai bagi mengumumkan nama calon yang akan bertanding nanti. “Kita telah ada senarai, […]
Lama tidak dengar khabar Toh Puan Na’imah Abdul Khalid…isteri kepada Tun Daim Zainuddin sejak kes mahkamah Januari lalu dimana beliau didakwa tidak isytihar harta kepada SPRM. Pada Jumaat…Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membenarkan pelepasan sementara paspot antarabangsa beliau. Hakim Azura Alwi telah beri kebenaran itu untuk tempoh mulai hari ini hingga 30 Jun. Na’imah memohon […]
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail akan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditentukan doktor kelak. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Pahang Zulkifli Yaacob dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis. “Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang berjalan […]
Kerajaan akan memanjangkan pandangan tegas mengenai dasar negara kepada penyedia platform laman sosial, X, yang didakwa mengubah terma perkhidmatannya secara rasmi dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata perkara itu sememangnya melanggar undang-undang Malaysia dan tidak dibenarkan. “Insya-Allah, kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan, dasar […]
PERSADA seni tanah air kehilangan satu lagi permata berharga yang tiada galang gantinya selepas penyair dan pelakon, Mohd Supyan Abdul Rahman atau Pyanhabib, 66, menghembuskan nafas terakhirnya Selasa malam. Menurut penyanyi dan pencipta lagu M. Nasir, Pyanhabib merupakan seniman yang unik, istimewa dan pemergian individu yang digambarkan sebagai seorang setia kawan itu merupakan kehilangan besar […]
Melihat pada data yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sebahagian golongan wargaemas negara ini berdepan risiko terdedah kepada kemiskinan masa hari tua kerana tiada jaminan dari segi pendapatan. Pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP belum boleh memastikan golongan ini dapat tidur lena. Berucap merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2024 (ISWC […]
Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru pada Ahad atas 12 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.55 juta antara tahun 2020 hingga 2021. Datuk Adib Azhari Daud, 63, didakwa menerima wang untuk diri sendiri sebagai upah membantu dua lelaki mendapat pelbagai projek di kawasan MBJB melalui […]
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu penerimaan kontrak melibatkan suami kepada seorang menteri. Sumber SPRM memaklumkan demikian susulan pihaknya menerima beberapa aduan baru berhubung kes suami seorang menteri yang dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor. “Aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baru untuk diteliti, justeru […]










