Pejabat Peguam Negara (AGC) kini menjadi penentu kes kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa menghina Raja Raja Melayu. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada Jumaat mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung hal itu sudah dihantar kepada AGC. Katanya polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan kini menunggu arahan daripada AGC. Selasa […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,852 atau 97.8 peratus projek penyelenggaraan tandas dan penyelenggaraan kecil di sekolah dan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) berjaya disiapkan sepenuhnya setakat 29 Feb lepas. KPM dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen memaklumkan projek yang dilaksanakan di bawah peruntukan khas Naik Taraf dan Penyelenggaraan Kecil Institusi Pendidikan Tahun 2023 […]
Ketua Audit Negara, Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata Felda mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion. Katanya Felda juga didapati mempunyai kedudukan tunai dan kesetaraan tunai yang rendah berbanding kerugian dengan nilai RM0.808 bilion berakhir 31 Disember tahun 2022. “Geran Kerajaan yang diterima oleh Felda pada tahun 2022 berjumlah RM0.214 bilion (2021: RM0.342 bilion). Felda […]
Sebelum ini ia cuma melibatkan kalangan Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang ‘lompat’ sokong Perdana Menteri…kini ia sudah melarat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pula. Pada Rabu ADUN Bersatu kawasan Selat Kelang Abdul Rashid Asari umum sokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Agak menarik kerana tindakan alih sokongan ini berlaku tidak lama selepas pada Sabtu […]
Gara gara perbahasan di Dewan Rakyat pada 28 Februari yang antara lain dakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin korup,Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan nyaris kena gantung enam bulan. Ini setelah pada Selasa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik usul gantung hadiri sidang […]
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah memfailkan permohonan bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Menerusi notis usul yang difailkan Khamis lepas di bawah Seksyen 30(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen […]
PUTRAJAYA — Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat mengutip lebih banyak hasil pada tahun ini berbanding unjuran ditetapkan sebanyak RM197 bilion. Perdana Menteri berkata, LHDN telah berjaya mencipta sejarah baharu kutipan cukai negara pada tahun lalu iaitu sebanyak RM183.34 bilion, melebihi RM7.8 bilion atau 4.49 peratus daripada jumlah kutipan pada […]
Sudah ada orang yang akan mengetuai J-Kom yang kosong sejak November lalu ekoran perletakan jawatan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff. Dr Mohd Khairuddin Othman ( gambar kanan ) ,seorang ahli PKR dan bekas ADUN Paya Jaras dilantik ke jawatan berkenaan. Beliau jadi ADUN Paya Jaras dua penggal pada pilihanraya umum 2013 atas tiket PAS dan […]
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Bersatu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian secara rela hati tanpa dipengaruhi sebarang unsur pujukan atau habuan, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. Menurutnya mereka mengambil keputusan itu setelah menyedari tidak ada apa-apa perkara yang boleh memanfaatkan rakyat […]
Ingat balik…pada 15 Ogos tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat tuduhan menyalah guna kedudukannya bagi memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu menerusi projek Jana Wibawa. Namun hari ini Rabu…Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Panel hakim diketuai Datuk […]










