Category Archives: TAHUKAH ANDA

KEMASKINI : Lima terlibat kes bunuh pemandu di Semenyih berdepan hukuman gantung

Lima penghantar makanan berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan dalam kes membunuh seorang pemandu selepas satu kemalangan di Taman Pelangi Semenyih minggu lalu. Kelima-lima tertuduh itu ialah Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41; Azharul Azuan Mohd Azan, 34; Tengku Izham Tengku Hamid, 22; Mahazir Nordin, 43 dan Syamsul Qamar Ayob, 40. Mereka didakwa […]

Lebih 2,000 metrik tan Harumanis di Perlis disasarkan berbuah musim 2024

KANGAR – Jabatan Pertanian Perlis menyasarkan lebih 2,000 metrik tan buah mangga Harumanis pada musim ini akan dituai setelah lapan minggu dibalut, yang dijangkakan bermula seawal minggu ketiga Mac depan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perlis Razali Saad, berkata sasaran itu berdasarkan potensi hasil dan keluasan berbunga menerusi keluasan berhasil 1,611.59 hektar setakat […]

KEMASKINI : Azam Baki jawab dakwaan Muhyiddin pasal kontrak Spanco…

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, hairan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh andaikan beliau dakwa bekas Perdana Menteri itu terbabit dalam salah laku berhubung pemberian kontrak kepada Spanco Sdn Bhd. Sambil menafikan andaian berkenaan Azam menjelaskan beliau hanya membuat kenyataan umum dan tidak pernah mengaitkan Muhyiddin dalam kes pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan […]

Amir Hamzah dedah kisah dilantik jadi menteri, privasi diri dan rezeki

PUTRAJAYA: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang pernah menerajui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan II pada Disember 2023 dalam rombakan Kabinet, menganggap beliau lebih sebagai ahli teknokrat berbanding ahli politik. Malah, bekas ahli korporat itu menegaskan, susulan pelbagai usaha yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti pelancaran Kerangka Ekonomi MADANI […]

KEMASKINI : SPRM lulus lanjut tempoh sebulan pada Mokhzani isytihar harta…

Sebelum ini SPRM telah luluskan permohonan Mirzan Mahathir untuk melanjutkan tempoh sebulan lagi bagi mengisytihar harta.Terbaru…kelulusan sama turut diberikan kepada adiknya Tan Sri Mokhzani Mahathir. Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut memohon untuk melanjutkan tempoh sebulan lagi bagi mengisytihar harta seperti abangnya. “Tan Sri (Mokhzani) telah […]

KEMASKINI : Rafizi jalani pembedahan tulang belakang…

Ingat balik…Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada Oktober tahun lepas pernah dilapor media mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau kemudian dilaporkan stabil dan seterusnya kembali berkerja. Kini Rafizi sedang dirawat di sebuah hospital. Beliau telah jalani pembedahan tulang belakang. Rafizi memberitahu menerusi facebook beliau akan berada di hospital selama dua […]

Berita gembira untuk isu paspot Malaysia

Sekarang tempoh sah lalu paspot Malaysia ialah lima tahun.Kini ada kemungkinan tempoh berkenaan jadi 10 tahun. Untuk tujuan itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji pelaksanaan memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia. Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengesyorkan tempoh sah laku paspot Malaysia ditambah daripada lima kepada 10 tahun. Menteri KDN Datuk […]

Insentif RM20,000 untuk tandas 5 bintang di masjid, surau Wilayah Persekutuan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata setiap enam masjid atau surau di Wilayah Persekutuan yang mencapai kebersihan tandas bertaraf lima bintang akan menerima insentif sebanyak RM20,000.  Beliau berkata insentif itu adalah untuk program keilmuan serta pembangunan dan penyelenggaraan bagi masjid atau surau yang mengikuti Kempen Kebersihan Tandas Masjid dan […]

Dua orang kuat Aman Palestin hadapi 164 tuduhan di mahkamah

Ada pihak yang mempersoalkan tindakan SPRM membekukan akaun milik Aman Palestin Bhd dan beberapa syarikat lain, membabitkan dana lebih RM15.8 juta pada November lalu. Bagi mereka tindakan ini menjejaskan usaha Aman Palestin dalam kerja amal mereka untuk bantu warga Palestin. Pada 31 Jan, Aman Palestin memfailkan cabaran undang-undang terhadap perintah pembekuan SPRM, dan Jabatan Peguam […]

Kerajaan Persekutuan sambut baik titah Sultan Selangor – PM

KERAJAAN Persekutuan menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Sultan Selangor, selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) itu, juga dilihat tepat pada masanya bagi […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.