SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengakui berlaku kenaikan harga ikan di pasaran tetapi tidak membimbangkan berikutan mempunyai stok bekalan mencukupi. Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kenaikan diantara 10 hingga 15 peratus itu dikesan berpunca daripada tindakan orang tengah yang semata-mata memikirkan keuntungan segera. “Kita sedang berusaha memendekkan aliran rantaian penyaluran ikan kepada […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Menerusi Instagram, Ismanira Abdul Manaf meluahkan rasa sedih terhadap kematian anaknya Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dipercayai dibunuh. PETALING JAYA: “Jumpa lagi ya abang, tunggu mommy (ibu) tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang.” Itu luahan Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dipercayai dibunuh sebelum […]
Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI PETALING JAYA – Rata-rata penduduk Pangsapuri Idaman di Damansara Damai di sini meluahkan rasa bimbang dan takut untuk membiarkan anak mereka bermain atau keluar rumah selagi pembunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin belum diberkas. Penduduk mengatakan bukan sahaja budak, malah orang dewasa turut tidak mengambil masa lama berada di […]
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS SUNGAI PETANI – Kementerian Kesihatan (KKM) menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan tepat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini baru-baru ini. HSAH dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, KKM mengambil maklum penyebaran dakwaan tersebut membabitkan pesakit, S. Chandran yang […]
Apabila isu kerjasama Umno dengan PN dibangkitkan, antara ‘duri’ yang setakat ini menghalang ia terjadi ialah keberadaan Bersatu sebagai salah satu komponen gabungan berkenaan. Perseteruan yang sengit itu antara lain disebabkan keazaman parti yang ditubuhkan menjelang PRU ke-14 lalu mahu ‘mematikan’ Umno. Namun pada pandangan PAS, sebenarnya Umno wajar berterima kasih kepada Bersatu atas tindakan […]
Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobat sebagai juara Piala Malaysia 2023 apabila berjaya menewaskan pasukan Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Kejayaan buat kali keempat itu menyaksikan JDT mengesahkan kejayaan treble buat musim kedua berturut-turut selepas dinobatkan juara Piala FA Julai lalu dan Liga Super September lepas. Skuad Harimau Selatan itu membuka […]
Kakitangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul kadir Jilani mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM, Hakim Ramlee dan ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard. Peguamnya, Faizal Rahman berkata kedua-dua individu terbabit diberi tempoh 48 jam bagi menjawab surat tuntutan saman terbabit. “Beberapa perkara (berhubung […]
PETALING JAYA: Seorang pemandu Perodua Bezza yang dikejar 28 kereta peronda polis dalam video tular dihukum penjara sebulan dan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memandu secara melulu dan menghalang tugas penjawat awam. Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha turut mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh B Anbarasan, 27, ditambah lapan bulan lagi […]
PETALING JAYA: Polis merekodkan 710 kes kanak-kanak bawah 18 tahun hilang sepanjang tahun ini, dengan faktor utama mereka lari dari rumah kerana ingin bebas daripada kongkongan keluarga atau penjaga. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan, berkata 89.3% atau 634 orang dijumpai semula, manakala baki 76 kanak-kanak […]
Petaling Jaya: Polis tidak menolak kemungkinan suspek terbabit kes pembunuhan Zayn Rayyan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan seksual. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan satu siasatan menyeluruh akan dijalankan pihaknya termasuk menjalankan semakan rekod jenayah membabitkan penduduk di kawasan berhampiran. “Ia meliputi mass screening (tapisan besar-besaran) membabitkan data cap jari orang […]










