Tiga rakyat Malaysia berusia antara 63 hingga 64 tahun yang sebelum ini gagal dihubungi sejak 27 November telah berjaya dikesan dan dibawa keluar dari kawasan yang terputus hubungan akibat banjir. Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga mereka telah diterbangkan oleh Tentera Udara Indonesia dari Lapangan Terbang Rembele, Takengon ke Medan dan tiba di Lapangan Terbang […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Industri perfileman negara menerusi Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FiMI) berjaya meraih komitmen pelaburan berjumlah RM486 juta di Marché International des Programmes de Communication (MIPCOM) 2025, pasaran kandungan terbesar dunia yang berlangsung di Cannes, Perancis, Oktober lepas. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pelaburan itu dijangka berupaya menghasilkan hingga 1,500 peluang pekerjaan kepada pemain industri […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang bermula 5-7 Disember ini. Ketua Komunikasi Korporat Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Sapian Mamat berkata, menerusinya pelbagai inisiatif kerajaan dipaparkan termasuk pencapaian, kemajuan dasar dan keberhasilan inisiatif 2025. “Keberhasilan Kerajaan MADANI mentadbir sepanjang […]
Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman kini mengambil alih siasatan berhubung klip video yang tular di media sosial mengandungi tohmahan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi […]
Kerajaan kekal komited melaksanakan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), sekali gus menolak cadangan Bank Dunia supaya harga bahan api ditetapkan mengikut harga pasaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penyasaran itu merupakan langkah terbaik bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan tanpa membebankan rakyat. “Cadangan mereka adalah untuk menaikkan harga […]
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri ini. Mengulas berkenaan isu yang berlaku dan hangat diperkatakan kini, baginda mengakui terkejut dengan perkara berkenaan dan berharap agar kegiatan seumpamanya dihentikan. “Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini…saya harap ini tidak berlaku […]
Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli yang ditunggu-tunggu bagi menangani kes buli di institusi pendidikan, khususnya di sekolah yang semakin meruncing, termasuk yang mengakibatkan kematian. RUU itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 1 Disember oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, di Parlimen, dan dijadual […]
Diam-diam ubi… Intel Corporation mengumumkan pelaburan tambahan bernilai RM860 juta bagi memperkukuh operasi pemasangan dan ujian di Malaysia, sekali gus menjadi tumpuan utama perkembangan terbaharu sektor semikonduktor negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata, keputusan itu mencerminkan keyakinan Intel terhadap perancangan jangka panjang Malaysia, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 […]
Mulai tahun depan, Singapura melarang pelajar sekolah menengah daripada menggunakan telefon pintar dan jam tangan pintar sepanjang hari persekolahan, sekali gus memperluas sekatan sedia ada yang kini hanya terpakai ketika waktu pembelajaran. Langkah itu, yang diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) pada Ahad lalu, adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh langkah di sekolah menengah bagi memupuk tabiat penggunaan […]
Tahukah anda… punca jangkitan HIV di Melaka menunjukkan perubahan ketara. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ruzita Mustaffa berkata, jika sebelum ini punca jangkitan kebanyakan disebabkan oleh pengambilan dadah secara suntikan, namun kini majoriti kes baharu berpunca daripada hubungan seksual terlarang, termasuk hubungan sejenis. Manakala, kelompok umur yang paling terkesan adalah golongan dewasa yang bekerja berusia antara […]










