Category Archives: TAHUKAH ANDA

MH8110 mendarat cemas di Oman, semua 278 jemaah haji selamat

Penerbangan KT051 (MH8110) yang membawa jemaah haji Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Muscat, Oman pada jam 4.11 petang waktu tempatan berikutan isu teknikal pesawat. Dalam satu kenyataan, Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan, kesemua 278 jemaah haji berada dalam keadaan selamat. Menurut kenyataan itu, penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa […]

Allahyarham Jalil Hamid penghibur unik…

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan Allahyarham Jalil Hamid yang meninggal dunia hari ini sebagai penghibur unik yang memiliki gaya dan bakat tersendiri. Menurut Fahmi, Jalil bukan sahaja dikenali dalam dunia lakonan, malah turut menyerlah dalam bidang nyanyian sejak lebih empat dekad lalu. Menerusi hantaran di media sosial beliau berkata,“Allahyarham Jalil adalah seniman yang tidak […]

PH ‘gempur’ Negeri Sembilan dengan ceramah perdana Rabu ini

Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan ceramah perdana diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan pada Rabu ini, ketika negeri berkenaan berdepan dengan krisis politik. Menerusi poster yang dimuatnaik dalam Facebook presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, ceramah perdana dengan tajuk ‘Memperkukuhkan Perpaduan, Membina Keyakinan Rakyat’ akan diadakan pada jam 8 […]

Cuaca panas: 56 kes, dua kematian direkodkan setakat ini – KKM

Sebanyak 56 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan di seluruh negara, termasuk dua kematian akibat strok haba bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan dua kes kematian itu melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertinggal di dalam kenderaan dan seorang lelaki berusia 42 tahun yang menyertai […]

90 peratus kes kesalahan buang sampah di Melaka libatkan puntung rokok

Kira-kira 90 peratus daripada 425 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) yang dikeluarkan di Melaka melibatkan kesalahan membuang puntung rokok di tempat awam. Pengarah SWCorp negeri, Nor Zaki Md Nor berkata, notis berkenaan dikeluarkan menerusi 353 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di seluruh negeri sejak awal tahun ini hingga semalam. “Selebihnya kes melibatkan pembuangan sisa plastik, bekas makanan […]

Ladang babi: Selangor akan laksana titah Tuanku Sultan

Kerajaan Negeri akan melaksanakan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak mahu ada ladang menternak babi di negeri, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata titah Sultan Selangor itu adalah langkah terbaik buat masa ini. “Tuanku berpandangan dah bertahun-tahun cadang (kaedah ladang babi moden), buat apa lagi nak cadang, kita berhenti […]

Selangor belum terima dana SUKMA RM100 juta dari KBS

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung penyaluran sumbangan atau dana kepada Selangor bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026. EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa khas temasya berkenaan yang dijadualkan pada Khamis ini. “Setakat ini, kita masih belum terima maklum balas daripada kementerian […]

Pemain Iran dibenar sertai Piala Dunia 2026

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio berkata Amerika Syarikat tidak melarang penyertaan pemain Iran dalam Piala Dunia FIFA 2026, namun menegaskan individu yang mempunyai kaitan dengan IRGC tidak akan dibenarkan memasuki negara itu. “Tiada apa daripada pihak Amerika Syarikat yang menyatakan mereka tidak boleh datang,” kata Rubio kepada pemberita. Presiden Donald Trump turut menyatakan pentadbirannya […]

Insiden pijak kepala: Polis tidak akan lindungi sesiapa – Ayob Khan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan, hasil siasatan berhubung insiden pijak kepala membabitkan kejadian tangkapan seorang lelaki di Kulim, Kedah baru-baru ini akan didedah kepada umum sebaik siasatan selesai. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika ini dua siasatan membabitkan aspek jenayah dan tatatertib sedang dijalankan secara serentak terhadap anggota […]

Anwar lawat lokasi kebakaran ranap 1,000 rumah di Sandakan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan lawatan ke Sabah hari ini bagi meninjau sendiri situasi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan yang meranapkan 1,000 rumah pada Ahad lepas. Beliau dijangka memulakan tinjauan di lokasi bencana berhampiran Masjid Kampung Bahagia pada 4.20 petang, sebelum meluangkan masa menziarahi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di tiga […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.