Tindakan Israel menghalang misi antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju Gaza tidak boleh diterima, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menyuarakan sokongannya terhadap GSF dengan harapan bantuan berkenaan dapat sampai kepada rakyat di Gaza. “Saya sangat kesal dengan jenayah berterusan Israel dan kita telah menyokong Flotilla […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Malaysia menjadi tuan rumah julung kali penganjuran Digital Nation Summit Kuala Lumpur – Edisi ASEAN yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa. Sidang anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Persatuan Sistem Komunikasi Mudah Alih Global (GSMA) itu menghimpunkan pemimpin kerajaan, pengawal selia, industri serta rakan serantau bagi membincangkan hala tuju masa depan digital […]
Peralihan kepada BUDI MADANI RON95 (BUDI95), sistem subsidi petrol RON95 yang disasarkan khusus untuk rakyat Malaysia, telah direka dan diteliti supaya proses berkenaan tidak menyulikan rakyat, malah memberi manfaat kepada penerima. Menurut Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan, bagi melindungi kesejahteraan rakyat, Kerajaan MADANI akan memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi […]
Hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste melangkaui diplomasi rasmi dan mencerminkan persahabatan yang dibina puluhan tahun dalam perjuangan bersama. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Presiden Timor-Leste, Dr José Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão di sini malam tadi, turut mengimbau kembali betapa ramai sahabatnya dari wilayah […]
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$122.8 bilion pada 12 September daripada AS$122.7 billion pada 29 Ogos. Menurut BNM, ia memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. Jelasnya, komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (AS$109.2 bilion) selain kedudukan […]
DILI (Timor-Leste) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik dan pengurusan kewangan berhemah telah membolehkan negara melaksanakan pelbagai pembaharuan serta mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Bercakap pada Majlis Temu Mesra Madani bersama diaspora Malaysia, alumni Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan Program Kerjasama Pertahanan Malaysia di sini, beliau berkata, keamanan serta kestabilan […]
Ribut yang melanda ibu negara petang Isnin menyebabkan bumbung sebuah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Lembah Pantai di sini rosak teruk hingga menjejaskan beberapa unit rumah serta 30 kenderaan. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tinjauan awal pihaknya mendapati sekurang-kurangnya empat unit rumah mengalami kerosakan serius apabila bumbung diterbangkan angin, manakala sejumlah unit […]
Menjelang seminggu terakhir sebelum ketibaan ke perairan Gaza… Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa dengan harapan besar agar misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berjalan lancar. Perdana Menteri berharap usaha yang dilakukan menerusi misi berkenaan dapat memberi sinar buat rakyat Gaza yang sedang ditindas rejim Zionis. “Doa tulus daripada seluruh masyarakat mengiringi misi pelayaran […]
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan seramai 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) kini berstatus tidak aktif selepas tamat tempoh melebihi tiga tahun. Manakala sejumlah 15.2 juta merupakan pemegang lesen CDL aktif iaitu masih berkuat kuasa. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, mereka yang lesen tamat tempoh lebih tiga tahun diwajibkan menduduki semula […]
Malaysia menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan berniat jahat yang menyalahtafsirkan sokongan politik dan usaha kemanusiaannya terhadap rakyat Palestin. Kementerian Luar dalam satu kenyataan menegaskan, Malaysia secara konsisten memperjuangkan keamanan, keadilan serta menghormati Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), undang-undang antarabangsa dan prinsip kewujudan bersama secara aman dalam kalangan negara. Menurut kenyataan itu, prinsip asas berkenaan telah menjadi […]










