Category Archives: TAHUKAH ANDA

Lebih 500 sertai Persidangan Alamat Nasional 2025, usaha penyelesaian pengurusan alamat

Persidangan Alamat Nasional 2025 yang dirasmikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjadi landasan penting ke arah pelaksanaan menyeluruh Sistem Alamat Nasional (NAS) yang memberi tumpuan kepada dasar strategik dan amalan terbaik global dalam tadbir urus pengalamatan negara. Persidangan selama dua bermula semalam, merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menghimpunkan lebih 500 peserta […]

Memperkasa Parlimen Malaysia sebagai entiti bebas dan berdaulat

Selepas 33 tahun berada di bawah pentadbiran eksekutif, Parlimen Malaysia kini bersiap sedia untuk kembali menjadi entiti yang bebas dan berdaulat. Dengan kelulusan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (PSA) yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Parlimen akan berfungsi sebagai institusi yang autonomi dalam pentadbiran dan pengurusan, sebagaimana amalan demokrasi yang sebenar. Akta Perkhidmatan […]

Keluarga Teoh Beng Hock tolak permohonan maaf SPRM

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menolak permohonan maaf dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung insiden 16 tahun lalu. Adik perempuan mendiang, Teoh Lee Lan, 45, berkata permohonan maaf itu tidak menggambarkan keikhlasan. Malah, katanya, hasrat SPRM untuk memberikan sumbangan ihsan kepada keluarga, khususnya bagi anak mendiang sebagai tanda […]

SPRM mohon maaf, sedia biayai kebajikan dan pendidikan anak Teoh Beng Hock

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia memberi sumbangan ihsan kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam jumlah yang akan ditentukan bagi tujuan kebajikan dan perbelanjaan pendidikan anak mendiang. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, langkah itu sebagai tanda keprihatinan terhadap penderitaan keluarga mendiang selain komited memperkukuh integriti dan penambahbaikan institusi. “Atas dasar keprihatinan, […]

Orang ramai digesa lapor kenaikan harga barang yang ‘tak masuk akal’

Jika ada pihak yang mengambil kesempatan susulan pelaksanaan semakan kadar dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai lalu menaikkan harga barang sesuka hati, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggesa orang ramai tidak hanya diam sebaliknya agar lebih proaktif membuat laporan kepada mereka. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Bahagian […]

Kabinet belum terima memo pasal lantikan Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia…ABIM bantah

Setakat ini kabinet masih belum menerima memorandum daripada Wisma Putra berhubung pelantikan pengulas konservatif yang juga penulis, Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia. Khabar mengenai pencalonan Nick Adams yang antara lain diketahui anti-Palestin telah cetuskan bantahan sesetengah pihak. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil kata pada Selasa Kebiasaannya Jemaah Menteri akan […]

Kedudukan PM kukuh, perhimpunan hanya cetus kebimbangan rakyat

Kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kukuh dan tidak akan terjejas oleh sebarang usaha untuk menggugat beliau termasuk melalui Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 26 Julai ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam Kerajaan MADANI. “Usaha menggugat […]

Perkara 125 antara fokus utama taklimat tertutup Ahli Parlimen PH

Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, khususnya berhubung penubuhan tribunal kehakiman, antara isu utama yang diberi penekanan dalam sesi taklimat tertutup bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said turut hadir […]

Akta JAC tidak mengikat dalam pelantikan hakim – Azalina

Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bukanlah undang-undang yang mengikat dalam pelantikan hakim sebaliknya berperanan untuk menapis, menilai dan mencadangkan calon kepada Perdana Menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi tetap tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. […]

Dr Mahathir alami keletihan di majlis sambut harijadi ke 100

Suasana di satu majlis untuk raikan hari jadi Tun Dr Mahathir Mohamad ke 100 di Tasik Putrajaya pagi Ahad tegang seketika dan terpaksa ditamatkan lebih awal. Ia berlaku bila bekas Perdana Menteri itu dilanda keletihan selepas mengayuh basikal kira-kira 30 minit bersama orang ramai di sekitar tasik itu. Program Picnic & Potluck itu sempema hari […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.