Category Archives: TAHUKAH ANDA

UMNO mohon titah tahanan rumah Najib dilaksana ikut Perlembagaan

UMNO pada Jumaat menyatakan kesyukuran atas pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara, yang memperakui arahan penahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menjunjung kasih dan merafak sembah memohon ihsan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda […]

Pengamal media terkedu lihat helikopter polis menjunam ke dalam sungai

Perasaan cemas dan terkedu menyelubungi dua pengamal media ketika menyaksikan sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara tiba-tiba menjunam ke dalam Sungai Pulai, Gelang Patah pada Khamis. Menyifatkan ia sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan, kedua-duanya berharap kejadian seumpama itu tidak berulang. Wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor Muhammad Aiman Hakeem Awazmin, 27, berkata […]

Proses lantik Ketua Hakim Negara diputuskan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Kerajaan menegaskan bahawa pengisian kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam […]

Mahkamah Eropah dakwa Rusia tembak pesawat penumpang Malaysia MH17

Ingat lagi MH17? pesawat malang yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014… dalam penghakiman bersejarah yang “baca boleh percaya jangan…” Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) telah membuat keputusan menyatakan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tersebut serta pelbagai pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik di Ukraine. Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah yang berpangkalan di Strasbourg […]

‘Maafkan saya atas kekhilafan kata-kata’

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf di atas kekhilafan kata-katanya yang mengaitkan perumpamaan tentang malaikat dalam konteks tekanan yang dihadapi ketika memegang amanah sebagai pemimpin utama parti itu. Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Pengerusi Barisan Nasional itu menjelaskan, kenyataan tersebut dibuat dalam suasana penuh emosi sebagai usaha untuk menggambarkan ujian […]

Kejayaan digital Malaysia tarik minat Algeria, Senegal dan Ghana

Kejayaan Malaysia dalam pembangunan sektor telekomunikasi mendapat perhatian negara-negara Afrika yang kini berminat menjadikannya sebagai model rujukan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, minat itu disuarakan dalam mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatan dari Algeria, Sid Ali Zerrouki dan Senegal, Alioune Sall. Kedua-dua negara itu menyatakan minat mendalam untuk mempelajari pendekatan Malaysia dalam membina infrastruktur […]

Lawatan Anwar perkukuh pelaburan strategik, kerjasama ekonomi antarabangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneraju usaha memperkasa pelaburan strategik dan kerjasama ekonomi antarabangsa melalui beberapa siri pertemuan dua hala dan penglibatan aktif semasa Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio De Janeiro, Brazil. Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphos, Perdana […]

NADI Malaysia jadi inspirasi dunia… menang Hadiah WSIS 2025

Projek Inklusif Digital NADI Malaysia muncul johan Hadiah WSIS 2025 melalui Inisiatif NADI Pulau Banggi atas kejayaan pusat berkenaan menyediakan literasi digital, latihan kemahiran dan peluang ekonomi kepada salah satu komuniti pulau paling terpencil di Malaysia. Kejayaan projek yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah pengiktirafan dunia terhadap usaha dalam merapatkan jurang […]

Dasar jelas dan politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia

Kejelasan, kestabilan dasar serta politik menjadi faktor utama yang menarik minat pelabur asing ke Malaysia. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Rancangan Malaysia (RMK), Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) antara contoh dasar kerajaan yang jelas dan konsisten. “Mereka juga melihat bahawa Malaysia berbanding negara […]

PM Anwar jumpa Presiden Afrika Selatan di Brazil…

Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil membolehkan kerjasama sedia ada diperkukuh. Dalam sela masa lawatan kerja tersebut, beliau berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Presiden Republik Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa. Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk merangka langkah memperluas pelaburan strategik. Antara bidang yang dicadang seperti sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal. […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.