Parlimen Iran telah meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kemudahan nuklear, kata seorang penggubal undang-undang kanan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan. “Parlimen telah mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup,” kata Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari, anggota Suruhanjaya […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 76 tahun. Berita mengenai kematian Juma’ani disampaikan menerusi hantaran WhatsApp oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal-Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komuniasi Awam […]
Dakwaan pihak tertentu bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menjalankan “pendakwaan cacat” dalam kes kedua SRC International Sdn Bhd (SRC) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah tidak berasas. AGC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya menurut Perlembagaan Persekutuan dengan berintegriti, saksama dan menghormati proses […]
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa hari ini. Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Hadir sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil […]
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta. “Itu keputusan hakim, Peguam Negara… saya tidak masuk campur,” katanya […]
Perbincangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mengenai rancangan tarif timbal balas berjalan dengan lancar. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang kini berada di AS. […]
Kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas beberapa barangan import terpilih, termasuk buah berkemungkinan akan dinilai semula. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini mengambil kira beberapa barangan tertentu seperti epal dan limau Mandarin yang tidak dihasilkan secara domestik, sebaliknya bekalan buah berkenaan diimport sepenuhnya dari negara luar. “Saya berpandangan […]
Bertindak sebelum terlambat… satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah menangani penjualan bahan terlarang, termasuk cecair vape yang mengandungi dadah, dan dijual secara dalam talian. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata mesyuarat itu akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan (KKM), serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Beliau […]
Semua rakyat Malaysia di Iran yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dilaporkan selamat berdasarkan maklumat terkini, menurut Kementerian Luar. “Kementerian ingin meyakinkan orang ramai bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan kami,” kata jurucakap Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan kepada media pada […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang diberi kesihatan baik yang berterusan selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), semalam. Anwar menitipkan doa itu menerusi hantaran di laman X selepas berkongsi ciapan Harian Metro yang memaklumkan Abdul Hadi berada dalam keadaan baik selepas menjalani rawatan di […]









