Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan agar tanah di negeri ini tidak diceroboh sewenang-wenangnya dan tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada mereka yang terlibat. Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ baginda dalam menyalurkan maklumat mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini. “Jangan bagi orang menceroboh tanah negeri Pahang ini, […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning Tapah Perak pada Ahad menjadi pemangkin kepada pemerkasaan komuniti setempat, menerusi pengenalan pelbagai perkhidmatan pintar. Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), program itu dapat memperkukuh agenda keterangkuman digital dan pembangunan komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menerusi pendekatan […]
KERAJAAN MADANI tidak pernah menganaktirikan pemberian peruntukan untuk negeri-negeri pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Malah, beliau berkata pemberian peruntukan kepada Kelantan meningkat 30 peratus tahun lepas kepada RM762 juta berbanding RM588 juta pada 2023. Beliau berkata peruntukan kepada Terengganu juga mencatat kenaikan 28 peratus kepada RM2.02 bilion tahun lepas berbanding RM1.57 bilion pada […]
Tarif sebanyak 24 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas produk Malaysia dijangka tidak memberi kesan signifikan kepada eksport dan ekonomi negara. Namun, langkah ini juga mendorong Malaysia untuk mencari pasaran baharu di Asia Tenggara, China, India, dan Eropah sebagai strategi mengurangkan kebergantungan kepada AS. Menurut Pensyarah Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti […]
Ekoran dakwaan seorang perubatan swasta empat hari lalu bahawa Abang Belon yang cedera bergelut dengan penguat kuasa DBKL baru baru ini berisiko lumpuh kekal…Kementerian Kesihatan (KKM) pada Khamis tampil beri amaran. Menerusi satu kenyataan KKM memberi amaran bahawa pengamal perubatan tidak boleh mengeluarkan kenyataan awam yang boleh mengelirukan atau membina salah tanggap orang awam, terutamanya […]
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil langkah tegas untuk membanteras lambakan peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram di Kuala Lumpur tapi dalam masa yang sama perlukan kerjasama peniaga tempatan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata pihaknya bersama agensi penguat kuasa terlibat akan sentiasa bekerjasama bagi menangani isu […]
Kerajaan memberi jaminan bahawa proses mahkamah berhubung semakan kehakiman terhadap kesahan perlembagaan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK) akan berjalan tanpa sebarang campur tangan atau prejudis, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan menghormati sepenuhnya hak mana-mana individu untuk mendapatkan tafsiran Perlembagaan melalui jalur kehakiman. “Ini adalah antara tonggak penting dalam […]
Dalam usaha memperkukuh kerjasama ASEAN, Malaysia komited untuk membangunkan kawasan sempadannya seperti utara Semenanjung dengan Thailand serta sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan untuk menggalakkan aktiviti ekonomi bagi manfaat rakyat di kedua-dua belah sempadan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan dan kerjasama sedemikian dapat membantu blok yang terdiri daripada 10 negara anggota itu […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan segera bagi memastikan perkhidmatan komunikasi di sekitar Putra Heights, Subang Jaya dan dua pusat pemindahan sementara (PPS) kekal stabil susulan insiden kebakaran saluran paip gas pada 1 April lepas. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sembilan struktur telekomunikasi di kawasan berkenaan melibatkan satu milik CelcomDigi, dua (Maxis) […]
Ketika ada negara yang melawan ‘pemerasan’ Amerika Syarikat (AS) melalui tarif timbal balik yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump dengan mengenakan tarif juga kepada barangan Amerika… Malaysia ambil pendekatan rasional dan diplomasi dengan memilih jalan rundingan. Keputusan penting ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi Selasa ketika berucap merasmikan Persidangan Pelaburan ASEAN di […]










