Category Archives: TAHUKAH ANDA

Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu dengan agenda tertentu

Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Beliau berkata meskipun tindakan awal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberikan pautan URL kepada penyedia platform media sosial META untuk tindakan menurunkan akaun palsu berkenaan namun belum mampu mengekang kewujudan akaun […]

Selamat tinggal dolar AS… BRICS cari kaedah lain pembayaran antara negara

Brazil selaku pengerusi BRICS merancang untuk mencari platform alternatif untuk pembayaran antara negara anggota, kata Presidennya Luiz Inacio Lula da Silva, lapor Sputnik/RIA Novosti. “Peningkatan fahaman perlindungan semasa dalam perdagangan dan pelaburan menekankan kepentingan langkah yang bertujuan untuk mengatasi halangan kepada integrasi ekonomi kita. Lebih banyak pilihan pembayaran bermakna mengurangkan kelemahan dan kos. Brazil selaku […]

Konsep kawal selia kendiri jadikan Majlis Media lebih berkesan

Ramai yang tidak perasan dalam RUU Majlis Media Malaysia sebarang pertikaian yang berlaku dalam industri media akan dikendalikan dengan konsep kawal selia kendiri. Dalam kata mudah, jika ada masalah contohnya tokoh A mendakwa ceritanya dilaporkan tidak benar, boleh membuat aduan kepada Majlis Media dan Majlis Media akan memanggil semua pihak yang terlibat sebelum membuat keputusan. […]

Pemimpin kepercayaan Presiden Putin adakan pertemuan dengan PM Anwar

Sergei Shoigu bekas Menteri Pertahanan Rusia dan pemimpin kepercayaan Presiden Vladimir Putin menemui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia itu dalam rangka kunjungan ke Asia Tenggara sebelum ini bertemu Presiden Indonesia Probowo Subianto. Ketibaan Shoigu di bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu kira-kira pukul 10.15 pagi dimulakan dengan Kawalan Kehormatan […]

NGO Media harap RUU Majlis Media lindungi kebebasan bersuara

Berbagai pihak berkepentingan dalam industri media tanahair menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 di Dewan Rakyat pada Rabu. RUU yang digubal itu diharap dapat meningkatkan keyakinan terhadap ketelusan media, mengukuhkan ekosistem maklumat dan melindungi kebebasan media. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan beberapa pertubuhan dan gerakan media antaranya Centre for Independent Journalism […]

Majlis Media Malaysia akhirnya menjadi realiti…selepas 52 tahun berlalu

Seorang bekas wartawan yang sudah lama bersara kata dia rasa macam bermimpi bila dapat khabar bahawa Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan Rang Undang Undang Majlis Media Malaysia (MMM) 2024. Apa tidaknya…ini kerana istilah Majlis Media Malaysia bukanlah sesuatu hal yang baru. Angkatan wartawan geng lama sudah terlalu familiar dengan istilah MMM ini kerana ia ibarat […]

Pencarian MH370 dimulakan semula… kapal Ocean Infinity sudah tiba di zon baharu

Walaupun kerajaan Malaysia masih belum memuktamadkan kontrak pencarian Malaysia Airlines MH370 dengan syarikat swasta masih dalam perbincangan akhir… Bagaimanapun kapal sokongan laut dalam milik Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Britain, Armada 7806, sudah tiba di zon pencarian baharu kira-kira 1,500 kilometer (km) dari pantai Perth pada hujung minggu lalu. Menteri Pengangkutan Anthony […]

Demam Babi Afrika jangkiti 76,000 babi di Selangor… 1,868 sudah dilupuskan

Pulak dah… Lebih 76,000 teknakan babi di Sepang dan Kuala Langat Selangor dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF). Daripada jumlah itu, 1,868 ekor babi dari dua ladang telah dilupuskan mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF. Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor Dr Hassuzana Khalil jumlah itu adalah sebahagian daripada 76,000 ekor babi yang disahkan dijangkiti […]

MCMC tangkap individu muat naik kandungan palsu libat agong, Majlis Raja-Raja Melayu

SEORANG individu telah ditangkap selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, kesalahan tersebut dibuat menerusi laman aplikasi Facebook miliknya. Katanya, tangkapan dilakukan pada pukul 11 malam tadi dilaksanakan oleh MCMC […]

MCMC ada pasukan khas pantau sesawang lucah

Masalah laman sesawang bersifat lucah bergema lagi di sidang Dewan Rakyat pada Selasa. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mempunyai pasukan khusus yang menerima aduan orang ramai di samping melakukan tindakan penguatkuasaan berdasarkan maklumat atau pemantauan sendiri. “Tindakan pemantauan proaktif oleh MCMC serta kerjasama dengan penyedia perkhidmatan terus dipertingkatkan bagi memastikan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.