Category Archives: TAHUKAH ANDA

Penjual jagung cetus kontroversi minta maaf – Menteri Perpaduan

Penjual jagung yang mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berunsur perkauman, telah memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya kaum India atas perbuatannya yang boleh menjejaskan keharmonian. Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di X berkata peniaga tersebut juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. “Pemimpin Kawasan […]

SARA bantu rancak ekonomi setempat – Amir Hamzah

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat. Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata menerusi program bantuan bersasar itu, banyak kedai runcit dan pasar raya mini berminat mendaftar sebagai tempat berbelanja bagi penerima bantuan berkenaan. “Kalau kita tengok pada tahun […]

Kandungan palsu… lapan individu diambil keterangan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. MCMC dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan siasatan dijalankan susulan laporan diterima dan pasukan penyiasat telah melakukan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (sebelum […]

Buruh rogol adik ipar sarat hamil dipenjara tujuh tahun

Lelaki durjana yang merogol adik ipar sendiri yang sarat hamil dipenjara tujuh tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar hari ini. Hakim Sayani Mohd Nor, turut memerintahkan tertuduh yang berusia 26 tahun diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman itu. Menurut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengait kelapa sawit […]

Malaysia perlu pimpin negara ASEAN tangani penipuan siber

Peningkatan jenayah cyber scamming atau penipuan siber di rantau ini menuntut Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2025, memimpin negara-negara anggota blok itu bagi menangani isu berkenaan secara tuntas. Profesor Madya di Jabatan Sains dan Politik Kuliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Ilmu Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Tunku Mohar Tunku Mokhtar berkata perkara itu adalah […]

Hospital swasta caj sarung tangan RM20, lampin RM50…

Dewan Rakyat pada Rabu bergegar dengan isu peningkatan kos perubatan yang semakin meruncing, apabila diberitahu mengenai aduan segelintir pesakit di hospital swasta yang dikenakan caj sehingga RM20 bagi sepasang sarung tangan perubatan. Perkara itu dikongsi Ahli Parlimen Bayan Baru yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),Sim Tze Tzin, yang mendedahkan dalam beberapa kes, pesakit […]

Didenda RM100 kerana maki hamun anggota polis

Seorang lelaki didenda RM100 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Khamis atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap penjawat awam, Isnin lalu. Tertuduh, Chian Tee Seong, 50, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam dialek Hokkien di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit. Mengikut pertuduhan, pekerja pengurusan pengebumian itu didakwa mengeluarkan […]

Kempen bayar pinjaman tertunggak akan dilaksanakan sebelum Ramadan…

Tahukah anda bahawa lebih 10,000 peminjam yang tegar tidak membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), itu belum masuk pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan lain-lain. Sikap tidak mahu bayar hutang ini boleh menjejaskan bantuan kewangan untuk peminjam baharu yang memerlukan. Berikutan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah meminta dua entiti media rasmi kerajaan […]

Muafakat Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi

Muafakat Indonesia dan Malaysia perlu merangkumi lebih daripada sekadar kerjasama ekonomi, termasuk memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik, kata Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. “Indonesia dan Malaysia perlu memperdalam mekanisme perkongsian risikan, meningkatkan keupayaan pertahanan siber, dan mengukuhkan inisiatif keselamatan […]

Situasi di Gaza… Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza, lewat malam tadi. Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata antara perkara yang dibincangkan dalam panggilan itu termasuklah mengenai situasi terkini di Gaza terkait pelanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.