Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mengarahkan penulis blog kontroversi, Papagomo untuk memadamkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain. Arahan tersebut dikeluarkan susulan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong yang meluluskan permohonan Razarudin untuk mendapatkan perintah injunksi ex-parte bagi menghalang penulis blog tersebut atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap cubaan membunuh karakter atau character assassination yang semakin berleluasa kebelakangan ini dengan niat untuk memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu. Baginda bertitah jika tidak dibendung, perbuatan itu boleh membawa kepada lebih banyak budaya hidup yang tidak baik dan menjejaskan keharmonian masyarakat. Sultan Sharafuddin bertitah lazimnya perbuatan […]
Pereka grafik, Fahmi Reza ditahan di balai polis Penampang, Sabah bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, aktivis itu ditahan sekitar pukul 5.30 petang pada Isnin. “Kami akan memohon perintah reman pada […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu yang boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada pukul 9 malam ini. “Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini, di samping menggariskan matlamat serta hala tuju negara bagi tahun 2025. “Semoga […]
Seorang lelaki berusia 63 tahun kehilangan RM138,580 wang simpanan daripada dua akaun bank dalam tempoh tiga jam selepas memuat turun fail APK daripada media sosial baru-baru ini. Pengalaman pahit itu bermula ketika dia melayari Facebook dan diarahkan memuat turun aplikasi untuk membeli barangan runcit dan bekalan dapur. Ketua Polis Daerah Superintendan Roslan Mohd Talib berkata […]
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kedua-dua negeri itu kembali dilanda bencana tersebut hari ini. Di Kelantan, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 13 PPS diaktifkan di daerah Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai setakat 8.35 malam tadi. […]
Apa yang ditakuti menjadi satu lagi penyakit berjangkit seperti Covid-19 ternyata tidak benar. Pakar kesihatan antarabangsa percaya bahawa gelombang penyakit di wilayah terpencil Republik Demokratik Congo yang sebelum ini digelar “Penyakit X” disebabkan oleh patogen yang diketahui, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berpangkalan di Geneva berkata pada Jumaat bahawa malaria, […]
Blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris kini berdepan saman fitnah dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kerana melabel beliau sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peguam, Raam Kumar yang mewakili Razarudin kata notis tuntutan saman berkenaan sudah diserahkan kepada Papagomo selaku defendan, […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat telah meredakan kebimbangan orangramai mengenai isu kenaikan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuatkuasa mulai Julai 2025. Ini ekoran pemberitahuan oleh TNB kepada Bursa Malaysia bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 14.2 peratus kepada 45.62 sen setiap kilowatt-jam (kWh) pada waktu itu. Ditemui wartawan […]
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dalam aspek perolehan, penguatkuasaan dan rasuah besar pada 2025. Langkah itu bertujuan membantu pertumbuhan ekonomi negara, mengurangkan ketirisan, serta mengembalikan aset dan wang negara yang telah diselewengkan. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu akan melaksanakan perubahan struktur melalui penambahbaikan […]









