Mahkamah Sesyen Labuan mengeluarkan perintah reman empat hari bermula Selasa terhadap 57 individu bagi membantu siasatan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang dipercayai menyasarkan mangsa di Korea Selatan. Perintah reman dikeluarkan Hakim Dr Mellisa Chia Pui Fung selepas polis membuat permohonan itu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Suspek yang terdiri daripada 50 lelaki dan […]
Category Archives: SUARA PEMBACA
Malaysia menyatakan harapan agar rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran ke arah pembentukan rangka perjanjian damai dapat dimuktamadkan secara konstruktif demi kestabilan rantau Asia Barat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menerima petunjuk positif daripada pemimpin-pemimpin di Asia Barat bahawa proses rundingan dilihat semakin positif, termasuk usaha ke arah pembukaan semula Selat […]
“Jangan buat pembelian panik. Beli apa yang perlu dan beri ruang kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan mereka juga. InsyaAllah bekalan minyak dan barang asas masih mencukupi.” Itu antara pesanan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil Ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Kementerian Komunikasi di Angkasapuri Kota Media pada Khamis. Katanya beliau sendiri setiap […]
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan pada tahun ini, namun perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata perkara yang turut diteliti ialah kemungkinan mengadakan PRN secara serentak dengan negeri jiran, iaitu Melaka dan Johor. “Kemungkinan itu […]
ARMADA BERSATU Malaysia mengecam keras kenyataan biadap Tony Pua. Saat isu kebiadapan dan keceluparan pimpinan DAP semakin berleluasa, saya yakin kenyataan tersebut dibuat dengan sengaja untuk meneruskan polemik dan krisis biarpun disedari boleh menggugat keharmonian dan kesentosaan masyarakat. ARMADA yakin, DAP akan terus menggasak dan memperlekeh institusi Raja Berperlembagaan kerana mereka berasa kebal. Ini kerana […]
PKR mengesahkan menerima pengumuman mengejut daripada dua Ahli Parlimennya, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mengisytiharkan pengosongan kerusi Parlimen masing-masing serta keluar daripada parti itu, hari ini. Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata, parti menerima keputusan berkenaan dan mengesahkan bahawa keanggotaan kedua-dua pemimpin itu terbatal serta-merta selaras dengan peruntukan Perlembagaan parti. Menurut […]
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai hadiah paling buruk kerajaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Muhyiddin mendakwa ia merupakan pengkhianatan terhadap pengorbanan guru-guru di seluruh negara yang selama ini amat komited dalam menjayakan hasrat dasar dan falsafah pendidikan negara. Jelasnya, dengan pengiktirafan sijil UEC, terdapat […]
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr.Johari Abdul memaklumkan pihak Parlimen telah menerima surat daripada blok pembangkang berhubung isu kekosongan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Menurut beliau, susulan penerimaan surat tersebut, pihak Parlimen telah mengemukakan surat pemakluman kepada Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Bagaimanapun, sehingga kini pihaknya masih […]
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan beliau dijangka bertemu Menteri Pertahanan Norway hujung bulan ini bagi membincangkan isu pembatalan perolehan peluru berpandu anti kapal Naval Strike Missile (NSM) daripada syarikat Norway, Kongsberg Defence & Aerospace ASA (KDA). Beliau berkata, usaha penyelesaian menerusi saluran diplomatik itu akan dilakukan melalui pertemuan dua hala yang dijangka […]
Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpurhari ini atas dua pertuduhan menipu Teresa Kok Suh Kim serta menerima suapan RM500,000 berhubung perolehan papan pintar, dua tahun lepas. Edmund Teoh Kheng Yaik, 40, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin. “Faham pertuduhan, tidak mengaku […]










