Category Archives: SUARA PEMBACA

Kadar kesuburan wanita di Selangor menurun…

Kadar kesuburan wanita di Selangor mencatatkan penurunan sebanyak 7.2 peratus pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya. Statistik itu menunjukkan purata wanita di negeri berkenaan hanya melahirkan 1.5 anak, lebih rendah daripada paras penggantian generasi nasional iaitu 2.1 anak. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, antara faktor utama penurunan tersebut adalah trend […]

Menteri luar Pakistan dan Malaysia bincang isu Gaza dalam mesyuarat OIC

Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan di luar Mesyuarat Luar Biasa Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Menerusi hantaran di platform X, Dar berkata kedua-dua pihak menzahirkan solidariti teguh terhadap Palestin dan kebimbangan mendalam mengenai situasi di Gaza. “Dengan menzahirkan solidariti teguh terhadap […]

Sultan Hassanal mulakan lawatan bincang isu strategik Brunei-Malaysia

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat ke Malaysia untuk lawatan negara mulai Isnin hingga Khamis, atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Lawatan itu akan disusuli Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-26 (ALC), menurut kenyataan Kementerian Luar pada Ahad. Sultan Hassanal Bolkiah akan diiringi Pengiran Muda Abdul Mateen, menteri-menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan Brunei semasa […]

MCMC mula siasatan penyebaran video fitnah terhadap TH – Fahmi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan susulan laporan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) berikutan penyebaran beberapa video berunsur fitnah serta hasutan di laman sosial. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan MCMC telah mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sekiranya […]

MCMC lapor polis terima bungkusan mencurigakan atas nama Pengerusi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat laporan polis berhubung satu penghantaran bungkusan mencurigakan melalui syarikat kurier dengan menggunakan nama Pengerusi MCMC sebagai penerima. Menurut kenyataan MCMC hari ini, hasil semakan awal dengan pihak kurier mendapati penghantar berkenaan menggunakan nama samaran dan nombor telefon tertentu sejak Jun tahun ini. “Syarikat kurier berkenaan turut merekodkan 55 […]

Buli: Fadhlina sedia teliti pandangan semua pihak

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan serta menangani gejala buli di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Fadhlina berkata beliau bersedia meneliti semua cadangan, termasuk sokongan psikososial, latihan kepada guru dan warden, modul pendidikan untuk ibu bapa, pemantauan di institusi pendidikan, serta pelan anti-buli […]

Malaysia kekurangan 100,000 jurutera untuk capai nisbah ideal

Malaysia kini berdepan kekurangan jurutera, apabila jumlah sedia ada iaitu 200,000 orang masih belum mencapai sasaran nisbah seorang jurutera bagi setiap 100 penduduk. Bagi menampung keperluan tersebut, tambahan kira-kira 100,000 jurutera diperlukan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan sedang memperkukuh program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan sasaran penglibatan […]

Malaysia berjaya kemudi ASEAN secara neutral, berprinsip

Kejayaan Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei 2025 merupakan antara pencapaian utama negara dalam tahun ini. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berjaya mengemudi blok serantau itu dengan berkesan sebagai sebuah platform yang neutral dan berprinsip, memastikan prinsip Kepusatan ASEAN (‘ASEAN Centrality’) terus kekal utuh dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa. Malaysia turut memainkan peranan […]

Budaya buli di sekolah makin buruk – Raja Permaisuri Agong

Buli di sekolah sudah menjadi satu budaya amat buruk di Malaysia, malah lebih kerap berlaku daripada disangka titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah b Baginda bertitah, anak-anak, remaja dan belia di negara ini tidak seharusnya berasa takut untuk ke sekolah atau universiti kerana terpaksa ‘diseksa’ oleh rakan sebaya mereka. “Ibu bapa juga tidak […]

“Tiada kompromi” – Menteri Pendidikan arah siasatan segera kes buli di Johor

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan kementeriannya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku buli di sekolah selepas kejadian terbaru melibatkan seorang murid di Johor dilaporkan media. Dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin, beliau menyatakan kes berkenaan perlu disiasat segera agar tindakan sewajarnya dapat diambil dengan telus dan berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.