Category Archives: KEMBARA

Terengganu jadi pilihan sukan lasak 4×4 antarabangsa…

Terengganu kekal menjadi destinasi pilihan sukan lasak 4×4 setelah penganjuran Terengganu International GPx4 Offroad Challenge berjaya menarik 174 pelumba dari seluruh negara melibatkan 87 jentera lumba untuk berkampung selama dua hari perlumbaan di Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Terengganu. Melihat pada momentum jumlah penyertaan dari serata negeri dan prestij penganjuran yang turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, […]

Lenggong Outdoor Festival 2025: Pelarian digital ke pelukan alam semula jadi

Peserta yang menyertai Lenggong Outdoor Festival (ODF) 2025 mengakui mereka menjadikan acara itu sebagai peluang untuk ‘lari’ dari kehidupan bandar dan mendekatkan diri dengan alam. Penganjuran selama tiga hari di Tasik Raban itu menyaksikan lebih 2,500 peserta berkumpul menikmati keindahan alam sambil mengambil bahagian dalam lebih 80 aktiviti luar termasuk ‘wall climbing’, berkayak, ‘abseiling’, melukis […]

Malaysia sasar 40 juta pelancong antarabangsa tahun ini…

Berbaki dua bulan terakhir menuju 2026… Malaysia menyasarkan ketibaan seramai 40 juta pelancong antarabangsa pada tahun ini sebagai langkah awal ke arah menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata bagi mencapai sasaran tersebut, usaha mempromosikan TMM2026 perlu dipertingkatkan secara menyeluruh di semua peringkat, termasuk […]

Kempen Tahun Melawat Melaka 2.0 lebih menarik

Melaka bakal melancarkan Kempen Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM 2.0), 31 Disember ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bagi tahun ketiga kempen TMM akan tampil lebih meriah berbanding sebelum ini. “Penganjuran kali ini dijangka mengatasi kemeriahan tahun sebelumnya, selaras aspirasi kerajaan negeri menjadikan Melaka destinasi pelancongan pilihan di rantau ini. “Kalau tahun […]

Borneo Fashion Week 2025 tampil dengan tema ‘Fashion With Purpose’

Borneo Fashion Week (BFW) 2025 kembali dengan menampilkan lebih 22 pereka fesyen tempatan dan antarabangsa dalam edisi terbaru yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Oktober di Pavilion Damansara Heights. Diasaskan oleh Stephanie Alcantara, BFW tahun ini mengetengahkan tema Fashion With Purpose, yang menekankan kelestarian fesyen sambil mengangkat warisan budaya Borneo ke pentas global. Menurut […]

KLIA dinamakan hab paling terhubung di Asia Pasifik, keempat dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dinamakan sebagai lapangan terbang paling terhubung di Asia Pasifik serta menduduki tempat keempat di peringkat global dalam laporan “Megahubs 2025” yang dikeluarkan pada Rabu. Laporan yang diterbitkan OAG, iaitu platform data utama industri perjalanan global turut meletakkan KLIA di tangga pertama dalam kategori Hab Mega Lapangan Terbang Syarikat Penerbangan […]

Perlis rancang pembangunan rekreasi berkonsepkan lif di Bukit Chabang

Kerajaan Perlis merancang untuk melaksanakan pembangunan rekreasi berkonsepkan lif di Bukit Chabang, kira-kira 20 kilometer (km) dari bandar Kangar sebagai tarikan baharu pelancongan negeri. Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, sebuah syarikat pelabur dari Kedah yang berpengalaman melaksanakan projek rekreasi seperti di Bukit Bendera, Pulau Pinang bersedia untuk merealisasikan perancangan itu. “Kalau di Langkawi (Gunung […]

22 juta pelancong dari Singapura sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026

Malaysia menyasarkan kehadiran 22 juta pelancong dari Singapura sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), sekali gus dijangka merancakkan lagi ekonomi pelancongan Malaysia, susulan republik itu kekal antara pasaran utama pelancong asing. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar, berkata setakat ini hampir 12 juta rakyat Singapura melancong ke Malaysia pada 2025 dan […]

Jangan guna laluan haram ke Thailand – Polis

Orang ramai diingatkan tidak menggunakan laluan haram untuk ke Thailand meskipun berlaku kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor serta Bukit Bunga. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata mereka mesti mematuhi prosedur dan saluran yang betul jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang. “Kita tahu suasana di […]

Sempadan Bukit Kayu Hitam sesak luar biasa… dijangka sehingga 21 September

Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah, mengalami kesesakan luar biasa di laluan kereta menuju ke negara jiran, susulan cuti umum Hari Malaysia dan cuti persekolahan. Menurut Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin M Nasir, kesesakan itu bermula sejak semalam dan dijangka berterusan sehingga 21 September ini. “Kesesakan itu […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.