Category Archives: KEMBARA

Taman Botani DiRaja Johor kembali dibuka 31 Ogos ini

Taman Botani DiRaja Johor yang mempunyai nilai sejarah tinggi akan dibuka semula kepada orang ramai bermula 31 Ogos ini selepas melalui kerja naik taraf bagi menjadikannya salah satu mercu pelancongan negeri. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pembukaan semula taman itu adalah dengan kebenaran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, serta Pemangku Sultan Johor, […]

Jepun catat suhu tertinggi pernah direkodkan 41.8 darjah celsius

Jepun mencatat suhu tertinggi pernah direkodkan iaitu 41.8 darjah Celsius di bandar Isesaki, Wilayah Gunma pada Selasa ketika gelombang haba terus melanda sebahagian besar negara itu, lapor agensi berita Kyodo yang memetik Agensi Meteorologi Jepun. Rekod baharu itu mengatasi suhu tertinggi sebelumnya iaitu 41.2 darjah Celsius yang dicatatkan hanya beberapa hari lalu di Tamba, Wilayah […]

Kembara Taman Negara Mulu: Jejak di Tanah Penan

Deruan enjin bot bersulam percikan air sungai yang cetek, menemani perjalanan penulis menelusuri Sungai Melinau dari jeti Taman Negara Mulu, Miri ke Long Litut, iaitu pintu masuk ke laluan hutan menuju Gunung Api atau Pinnacle Mulu, perjalanan sejauh kira-kira lima kilometer. Sungai satu-satunya jalan menghubungkan Long Litut dengan dunia luar. Malah, kebanyakan lokasi di Taman […]

Reka bentuk rasmi sambutan HKHM 2025 disediakan di portal merdeka360.my – Fahmi

Reka bentuk rasmi bahan promosi bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni kini boleh dimuat turun melalui portal rasmi www.merdeka360.my. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan perkara itu dalam sidang media mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini. “Sehubungan itu, rakan-rakan media dijemput memperhebatkan promosi […]

BFF Labuan: Lonjak pelancongan, catat lebih 100,000 pengunjung

Borneo Flora Festival (BFF) Labuan 2025 melabuhkan tirainya hari ini, dengan catatan lebih 100,000 pengunjung hadir sepanjang festival berlangsung selama lima hari. Jumlah itu sekali gus melebihi sasaran awal yang diunjurkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, kehadiran warga Labuan sendiri selain para pelancong dari serantau borneo serta semenanjung, […]

Peminat daging kambing premium… kalau ke Kuching jangan lupa cuba Lumina Lamb

Daging premium terbaik dari New Zealand yang digunakan oleh restoran-restoran terkemuka di seluruh dunia kini berkerjasama dengan pengedar tempatan di Kuching Sarawak untuk membawakan pengalaman kulinari kambing ke Malaysia. Alliance Group, syarikat milik dan dikendalikan oleh New Zealand yang merupakan peneraju dalam pengeluaran daging premium, kini bekerjasama dengan Supreme Cold Storage Sdn Bhd bagi mempromosikan […]

Pertandingan boria meriahkan Festival Balik Pulau 2025

Penganjuran Festival Balik Pulau (FBP) 2025 menjadi platform mempromosikan Balik Pulau sebagai kawasan pelancongan luar bandar Pulau Pinang selari dengan destinasi utama pelancongan negeri ini. Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Perancangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Radzi Omar berkata, lokaliti Balik Pulau tidak hanya terkenal dengan jolokan ‘lubuk durian’ negeri malah mempunyai kebudayaan […]

Inisiatif angkat semula industri pelancongan Langkawi… Pakej 3H2M serendah RM500

Berita gembira untuk yang merancang percutian ke Langkawi sebab sekarang ini ada pakej percutian tiga hari dua malam (3H2M) berserta lima aktiviti eksklusif dengan harga serendah RM500 di Langkawi. Pakej terbaru itu dilancar Tourism Malaysia Wilayah Utara bersama penggiat industri tempatan bagi menghidupkan semula industri pelancongan pulau ini pasca pandemik COVID-19, berkuat kuasa serta-merta. Pengarah […]

BFF2025 jana pulangan ekonomi RM35 juta, 400 peluang pekerjaan

Penganjuran Borneo Flora Festival 2025 (BFF2025) di Labuan dijangka memberikan pulangan ekonomi yang memberangsangkan, termasuk nilai tambah kasar (GVA) sekitar RM35 juta serta mewujudkan 400 peluang pekerjaan sementara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, berkata nilai setara publisiti (AVE) dijangka mencecah RM8 juta, sekali gus mengukuhkan penjenamaan destinasi Labuan. […]

Kapal persiaran mewah China pilih Selangor jadi ‘rumah kedua’

Sektor pelancongan Selangor dijangka menerima suntikan baharu apabila kapal persiaran mewah dari China, Piano Land, bakal menjadikan Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang (PKCT) sebagai pelabuhan tetap atau home port bermula suku keempat tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling berkata, langkah itu akan merancakkan ketibaan pelancong antarabangsa secara langsung ke negeri berkenaan, […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.