Category Archives: KEMBARA

Perang India-Pakistan: Rakyat Malaysia diminta tangguh perjalanan tidak penting ke New Delhi dan Islamabad

Berikutan konflik terbaru antara India dan Pakistan di sempadan Kahsmir Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan di Islamabad kini mengeluarkan saranan kepada rakyat Malaysia untuk menangguhkan sementara perjalanan mereka ke dua-dua negara tersebut. Ketika ini kedua pihak suruhanjaya melakukan pemantauan secara berkala akan persekitaran semasa bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di kedua negara tersebut […]

Pengembara Malaysia boleh masuk China tanpa visa selama 90 hari tak lama lagi…

Berita gembira untuk pengembara Malaysia yang tidak lama lagi akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi tempoh kumulatif tinggal sehingga 90 hari, sebaik sahaja kedua-dua negara melengkapkan prosedur domestik yang diperlukan di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama. Kedutaan China di Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, perjanjian itu akan berkuat kuasa selama lima […]

Kisah Doktor Siti Sainira bertugas di zon perang Gaza

Tersentuh dengan penderitaan ditanggung rakyat Palestin memberi kekuatan kepada pakar anestesia Dr Siti Sainira Saidin untuk ‘berkampung’ selama 30 hari dalam misi kemanusiaan MERCY Malaysia bagi membantu penduduk di zon konflik biarpun berdepan ancaman letupan bom. Menjadi satu-satunya sukarelawan wanita dalam Pasukan Khidmat Khas 5 (SCT 5) Mercy Malaysia, beliau berkata letupan bom yang kedengaran […]

Detik akhir pendaki Malaysia jatuh di Gunung Rinjani, Indonesia…

Pendaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh di laluan Banyu Urip, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat ditemui meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia pada Ahad. Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR) memaklumkan pasukan SAR telah membawa keluar jenazah pendaki, yang dikenali dengan inisial, RAG, 57 tahun, dari bawah jurang sekitar […]

Selangor sasar lapan juta pelancong tahun ini… kerjasama dengan Air Asia

Tourism Selangor dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menjalin kerjasama dengan AirAsia untuk mempromosikan destinasi menarik Selangor di ruang udara, dalam usaha mencapai sasaran lapan juta pelancong tahun ini. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan syarikat penerbangan itu merupakan langkah penting dalam memperkasakan pelancongan negeri bukan sekadar di […]

Star Voyager kapal persiaran pusing Thailand, Malaysia dan Singapura…

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) mengumumkan kerjasama dengan StarDream Cruises bagi memperkukuh kedudukan Thailand dalam sektor pelancongan kapal persiaran antarabangsa menerusi pelancaran kapal mewah Star Voyager pada Selasa. Buat julung kalinya, Star Voyager – kapal persiaran mewah yang telah dinaik taraf sepenuhnya dan mampu menampung sekitar 1,940 tetamu – akan beroperasi dengan Thailand sebagai pelabuhan […]

Polis Thailand jamin keselamatan pelancong Malaysia ke Narathiwat

Polis Pelancongan Thailand berkata kawasan pelancongan di Ban Thon, Narathiwat masih selamat untuk dikunjungi selepas satu insiden letupan bom pada Ahad namun polis menasihatkan pengunjung untuk menggunakan laluan utama untuk ke destinasi itu. Timbalan Ketua Polis Pelancong Thailand (Wilayah Ketujuh), Leftenan Kolonel Sakarin Anusamansakul berkata jalan kampung merupakan laluan terpencil yang jarang digunakan orang ramai, […]

45 juta pelancong dijangka melawat Malaysia tahun ini

Tourism Malaysia menyasarkan seramai 45 juta pelawat ke negara ini bagi merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Ketua Pengarahnya Datuk Manoharan Periasamy berkata sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan jumlah ketibaan pelawat ke Malaysia yang melebihi 38 juta orang pada tahun lepas. “Untuk rekod, jumlah pelawat ke Malaysia sehingga Februari tahun ini meningkat […]

Lapangan Terbang Changi terbaik di dunia, KLIA ke 65

Lapangan Terbang Changi telah dinobat lapangan terbang terbaik di dunia pada 2025 dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax, firma perundingan penerbangan berpangkalan di London. Ia telah merebut semula gelaran tersebut daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Qatar, yang menjuarai senarai tersebut pada 2024. The Straits Times melaporkan ini merupakan kali ke-13 Lapangan Terbang Changi menduduki […]

Kembara perkenalkan Malaysia di empat bandar utama Indonesia

Tourism Malaysia sedang mengadakan jelajah promosi selama seminggu merentasi empat bandar raya utama di Indonesia iaitu Medan, Yogyakarta, Jakarta dan Surabaya bagi meningkatkan minat terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Program yang berlangsung sehingga 18 April itu melibatkan penyertaan 35 penggiat industri pelancongan Malaysia termasuk agensi pelancongan, hotel, pusat peranginan, pemilik produk serta wakil […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.