Category Archives: YANG VIRAL

Apa kata PKR dan PN dengan keputusan mengecewakan PRN Sabah…

PKR yang cuma menang satu dari 12 kerusi yang tanding dalam pilihanraya negeri Sabah ke 17 menghormati dan menerima dengan rendah hati keputusan itu. Perikatan Nasional juga yang menang cuma satu kerusi dari 42 yang ditandinginya turut menerima keputusan itu dengan hati terbuka. PKR cuma menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Malalap menerusi calon Datuk […]

PM kecam serangan terhadap wartawan Haresh Deol

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan individu yang menyerang wartawan sukan, Haresh Deol yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di Bangsar, baru-baru ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketegasan itu dizahirkan Perdana Menteri semasa mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini. Tambah Datuk Fahmi, beliau turut menyifatkan insiden itu sebagai satu kejadian […]

Ribut Tropika Senyar mula lemah… tapi hujan berterusan

Kekuatan Ribut Tropika Senyar dilaporkan semakin lemah selepas ia mendarat di pantai barat Semenanjung Malaysia awal pagi tadi, namun hujan berterusan masih dijangka berlaku. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sisa-sisa ribut yang telah melemah itu bergerak melintasi kawasan menuju Pahang. “Senyar mendarat sekitar jam 1 pagi di antara […]

Kes rasuah: “Siasat… saya tidak peduli siapa” – Anwar

Tegas dan tak pilih bulu…Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen kerajaan untuk memastikan usaha membanteras rasuah dilaksanakan tanpa pengecualian, termasuk jika ia melibatkan mana-mana individu berprofil tinggi. Katanya, integriti menjadi asas pentadbiran kerajaan dan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi. “Kita mesti tegas. Saya nak tanya, dulu kalau Perdana Menteri, menteri […]

Mangsa banjir pagi ini hampir 25,000… lapan negeri terjejas

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara meningkat kepada 24,907 orang membabitkan 8,308 keluarga, dengan 142 PPS beroperasi di 26 daerah. Menurut laporan situasi terkini jam 6 pagi yang dikeluarkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Negara hari ini, lapan negeri kini terjejas — Kelantan, Perlis, Perak, Selangor, Kedah, Terengganu, Pulau […]

Anwar pulang ke tanah air selepas kejayaan lawat tiga negara di benua Afrika

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air semalam selepas menyempurnakan siri lawatan ke tiga negara di Afrika, membuktikan usaha baharu Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dengan benua itu. Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa Perdana Menteri berlepas dari State Pavilion Terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta pada 7 malam waktu tempatan […]

PM tiba di Nairobi, teruskan misi Diplomasi MADANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Nairobi, Kenya, pada jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia), sebagai destinasi terakhir dalam misi rangka Diplomasi Madani ke tiga negara Benua Afrika. Lawatan selama dua hari ini adalah lawatan rasmi pertama Anwar ke republik itu sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022. Ketibaan […]

Selepas Ethiopia… PM ke Afrika Selatan hadiri Sidang Kemuncak G20

Kerja tanpa cuti… Selepas selesai lawatan kerja ke Ethiopia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Afrika Selatan, pukul 6.38 malam waktu tempatan pada Khamis (12.38 tengah malam Jumaat waktu Malaysia) bagi Lawatan Kerja dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20). Pesawat yang membawa beliau dan delegasi selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara Waterkloof, […]

Malaysia teroka pasaran Afrika… fokus perdagangan, pelaburan dan ekonomi digital

Malaysia dan Ethiopia menyatakan komitmen untuk menerokai sepenuhnya kekuatan masing-masing, khususnya dalam urusan perdagangan, pelaburan, hubungan dua hala serta memanfaatkan platform multilateral, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Perbincangan dua hala sangat menyeluruh dan seperti lazimnya, usaha diplomatik akhirnya membawa kepada asas ekonomi yang kukuh dari segi perdagangan, pelaburan dan hubungan. “Sebagai sebuah negara […]

Ethiopia sambut Anwar mesra dan penuh hormat

Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi di Addis Ababa disambut dengan ‘kejutan’ oleh rakan sejawatnya dari Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bole, Dr Abiy memandu sendiri kenderaan yang membawa Anwar ketika memulakan lawatan rasmi ke negara itu. “Sejurus tiba di Addis Ababa, saya dipandu sendiri oleh […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.