Category Archives: YANG VIRAL

BUDI95: Subsidi minyak rakyat Malaysia, bukan warga asing

Cerita mengenai minyak memang dekat dengan kita semua. Soal minyak ini bukan sekadar angka di papan tanda stesen minyak, tapi soal kos hidup rakyat. Petrol, bahan api, inilah keperluan asas rakyat, daripada tentera, polis, nelayan, pemandu e-hailing sampai ke mahasiswa. Apatah lagi selepas seminggu pelaksanaan Budi MADANI RON95 (BUDI95) . BUDI95 buat rakyat senyum, ada […]

FAM tegaskan tiada pemalsuan dokumen, akan merayu…

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)berhubung keputusan tatatertib melibatkan isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan, selepas menerima dokumen penghakiman penuh daripada badan induk bola sepak dunia itu. Menerusi kenyataan hari ini, FAM menegaskan bahawa semua dokumen serta bukti sokongan berkaitan isu berkenaan sudah lengkap dan sedia dikemukakan kepada […]

DUN Sabah bubar untuk PRN ke 17….

Segala teka teki sudah berakhir…kini sah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubar, membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke-17. Pembubaran itu diumum oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor awal petang ini. Beliau buat pengumuman berkenaan pada jam 2.54 petang semasa majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran kerajaan negeri. […]

SPR teliti cadangan kempen tiga minggu…

Tu dia… jenuh jamu makan bagi petugas-petugas pilihanraya jika cadangan untuk melanjutkan tempoh berkempen daripada 14 hari kepada tiga minggu sebagai langkah penambahbaikan proses undi pos diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun pihaknya sedang meneliti syor tersebut kerana menyedari terdapat keluhan bahawa masa yang diperuntukkan ketika ini menyebabkan sebahagian […]

RUU PSB: UMNO mahu tambahbaik dulu baru bentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua…

Rang Undang-undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) 2025 yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat minggu depan besar kemungkinan ‘akan sangkut’ sementara waktu. Ini kerana UMNO berpendirian RUU itu harus dirujuk ke jawatankuasa khas Parlimen untuk tujuan ditambah baik sebelum ia dibentangkan. RUU PSB itu asalnya dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan […]

Kedutaan Amerika enggan terima memorandum… demo lagi lepas solat Jumaat ini

Satu lagi siri demontrasi di depan Kedutaan Amerika akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini berikutan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) enggan menerima memorandum peserta demontrasi semalam. Hasrat peserta Perhimpunan Aman Sumud Flotila di ibu negara hari ini untuk menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi mendesak sekutunya, Israel membebaskan tahanan peserta Global Solidarity Flotilla […]

‘See you in jail’ mesej diterima peserta sebelum terputus komunikasi…

‘See you in jail’ begitulah bunyi mesej yang diterima oleh peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) daripada rejim Israel yang telah memintas sistem radio kapal sebelum komunikasi dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) di sini terputus. Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana menerusi IG story yang sempat dihantar memaklumkan, pasukan […]

Malaysia sokong pelan Trump untuk akhiri perang Gaza

Malaysia menyambut baik usaha Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan perang Israel di Gaza melalui pelan komprehensif, sambil menyuarakan harapan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata pelan itu, yang dinanti-nantikan masyarakat antarabangsa, merupakan langkah penting ke arah menamatkan segera jenayah genosid, kebuluran dan kemusnahan di Gaza. “Malaysia berharap pelan […]

Tanpa subsidi… hari ini harga RON95 naik kepada RM2.60 sen seliter

Bersyukurlah rakyat Malaysia yang layak terima subsidi petrol sebab dengan pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.60 seliter mulai 30 September 2025. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, melalui pendekatan penyasaran subsidi, BUDI95 membolehkan warganegara Malaysia menikmati harga bersubsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter. “Di bawah BUDI95, rakyat […]

24 jam yang getir untuk flotila bantuan ke Gaza – Menteri Komunikasi

Apa-apa saja boleh jadi dalam masa 24 jam ini… sehingga berita ini ditulis flotila bantuan global kini berada kurang 400 batu nautika dari Semenanjung Gaza dan dijangka tiba esok. Gabungan itu dalam kenyataan di X berkata flotila Global Sumud (FSG) semakin hampir dengan misi menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dikepung itu. Jurucakap armada Maghreb, […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.