Category Archives: YANG VIRAL

Rusia perkukuh kerjasama ekonomi, teknologi dan keselamatan dengan Dunia Islam – Putin

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin mengalu-alukan para peserta Forum Ekonomi Antarabangsa “Russia-Islamic World: KazanForum” edisi ke-16, sambil menyeru kepada pengukuhan kerjasama antara Rusia dan dunia Islam dalam bidang kewangan, teknologi dan keselamatan serantau, lapor Anadolu Ajansi (AA). “Dengan penuh mesra saya mengalu-alukan anda ke Kazan yang suka menerima tetamu,” kata Putin dalam mesej kepada […]

PMR 2025 Sabah: MCMC perkenal projek hantar ubat guna dron

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan projek penghantaran ubat-ubatan menggunakan dron pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei di Dataran Majlis Perbandaran Tawau. Dron berkenaan antara yang menjadi tarikan utama di reruai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai projek berimpak tinggi kepada komuniti khususnya di pedalaman. […]

Sah…BN-PH jalin kerjasama untuk pilihanraya negeri Sabah

Kini tidak ada teka teki lagi dalam arina politik Sabah.Dalam menghadapi pilihanraya negeri Sabah ke 17 yang perlu diadakan Oktober ini Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sudah sah setuju untuk jalin kerjasama. Kata sepakat itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi yang […]

ASEAN: Deklarasi Kuala Lumpur mengenai penggunaan media sosial yang selamat

Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Terhadap Maklumat (AMRI) ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan, berakhir dengan sokongan kukuh terhadap “Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Selamat dan Bertanggungjawab Platform Media Sosial untuk ASEAN”. Dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada akhir persidangan, ASEAN mengulangi komitmen kolektifnya untuk memupuk persekitaran digital yang selamat, inklusif dan bertanggungjawab di seluruh rantau […]

Tarif timbal balas Amerika: Malaysia peruntuk RM1 bilion bantu pengeksport kecil, sederhana

Sidang khas Parlimen mengenai tarif Amerika Syarikat baru-baru ini menyaksikan pengumuman kerajaan meningkatkan skim jaminan sebanyak RM1 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas. Kerajaan mengariskan enam strategi digariskan termasuk merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan sempadan Malaysia seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi mendepani impak tarif timbal balas Amerika Syarikat. Perdana Menteri […]

Kerajaan bincang perluas FLYsiswa kepada pengangkutan darat di Semenanjung – PM Anwar

Kerajaan akan membincangkan keperluan memperluas inisiatif FLYSiswa yang menawarkan subsidi tiket penerbangan, kepada subsidi bagi tambang pengangkutan darat untuk pelajar di Semenanjung. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan itu mungkin boleh dilaksanakan bagi perjalanan atau destinasi tertentu di Semenanjung. “Kenapa FLYSiswa untuk Sabah dan Sarawak? Sebab kita semua maklum tiket […]

Hapus subsidi tapi perbanyakkan telur gred khas yang lebih murah di pasaran

Khabar gembira untuk rakyat Malaysia yang bimbang jika penarikan subsidi telur akan melonjakkan harga bahan asas makanan itu. Ini kerana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memperbanyak keluaran telur ayam gred khas yang lebih murah susulan penamatan pemberian subsidi bagi produk itu bermula 1 Ogos ini. Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah ini […]

Indeks kebebasan media: Malaysia naik 19 anak tangga pada kedudukan ke 88

Ini satu perkembangan menarik dalam konteks indeks kebebasan media di negara ini. Tahukah anda bahawa Malaysia berjaya melonjak sebanyak 19 anak tangga untuk kini berada di kedudukan ke-88. Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan faktor seperti konteks politik, kerangka perundangan, kebebasan media, ketelusan dan keselamatan wartawan. Reporters Without Borders […]

Simulasi keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN 5 – 7 Mei ini…

Orang ramai di ibu kota diingatkan jangan terkejut dengan beberapa latihan dan simulasi keselamatan yang akan diadakan di Kuala Lumpur 5 hingga 7 Mei ini. Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) Majlis Keselamatan Negara Datuk Baharuddin Ahmad berkata latihan itu menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bagi memastikan keselamatan para pemimpin dan tetamu antarabangsa berada […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.