Pemimpin negara-negara Arab akan berkumpul di Arab Saudi pada esok dalam sidang kemuncak bagi menentang rancangan Presiden Donald Trump untuk mengawal Gaza serta mengusir penduduknya, menurut sumber diplomatik dan kerajaan. Rancangan itu mencetuskan perpaduan luar biasa dalam kalangan negara-negara Arab yang sebulat suara menolak idea berkenaan. Namun, mereka masih boleh berbeza pendapat mengenai pihak yang […]
Category Archives: YANG VIRAL
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima perhormatan apabila diminta berucap dalam satu dialog antarabangsa ulama dan sarjana Islam seluruh dunia di Bahrain pada Rabu. Anwar satu-satunya ketua negara yang berucap di Persidangan Dialog Intra-Islam yang menghimpunkan 400 sarjana Islam, pemimpin agama dan pakar dari seluruh dunia. Bernama melaporkan dalam ucapannya, Anwar mengecam keras eksploitasi […]
Satu penyakit baharu yang tidak dikenal pasti telah dilaporkan di barat laut Republik Demokratik Congo (DR Congo), yang sedang berdepan pelbagai krisis kesihatan awam dan kemanusiaan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu, lapor Xinhua. WHO dalam laporannya menyatakan bahawa dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua […]
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain. Pada pertemuan itu, Perdana Menteri mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Baginda. Anwar tiba di Bahrain bagi lawatan rasmi di atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa. Agong sebelum ini […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Brunei pada Selasa bersama Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi Kepada Pengerusi ASEAN 2025 Thaksin Shinawatra. Menurut Anwar, antara perkara yang menjadi agenda penting pertemuan tersebut adalah krisis Myanmar, pertikaian Laut China Selatan dan perdagangan intra-ASEAN. Jelasnya perbincangan itu terarah kepada Kepengerusian […]
Universiti Malaya (UM) melakar sejarah apabila menjadi universiti Malaysia pertama dan satu-satunya yang disenaraikan dalam kalangan 201-300 jenama universiti paling berpengaruh di dunia dalam Times Higher Education (THE) World Reputation Rankings 2025. Ranking berprestij itu berdasarkan tinjauan pendapat akademik terbesar di dunia, yang hanya boleh disertai melalui jemputan, yang mengumpulkan pandangan daripada ahli akademik kanan […]
Jalan menuju ke kediaman mewah Thaksin Shinawatra yang terletak di pinggir bandar raya Bangkok, dikelilingi dengan lorong-lorong sempit. Rumah agamnya Shan Song Lor di Soi Charan Sanitwong 69, yang besar dan luas itu terletak di daerah Bang Plat, hanya 30 minit pemanduan daripada pusat bandar, walaupun ketika waktu puncak trafik pada waktu makan tengah hari. […]
Seni halus dalam politik Indonesia ditunjukkan oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto dengan menghadiahkan ‘keris Jawa bersalut emas’ kepada pendahulunya Joko Widodo AKA Jokowi. Prabowo dua kali dikalahkan Jokowi sebagai calon Presiden Indonesia sebelum beliau disokong Jokowi untuk mengalahkan PDI-P dalam pilihanraya umum negara itu tahun lalu. Bukan sahaja diberikan hadiah tersebut, Jokowi diberi kesempatan untuk […]
Secara senyap-senyap Malaysia menjadi tempat pembuangan sampah dari luar negara… jika semalam kita dikejutkan dengan penemuan kilang kitar semula peluru, kini satu lagi kilang serupa diserbu pihak berkuasa. Cuma bukan peluru tetapi sebagai sisa elektrik dan elektronik atau (e-waste) yang diproses secara haram melibatkan nilai rampasan RM1.3 bilion termasuk pelbagai jentera, dalam serbuan di sebuah […]
Serbuan terhadap sebuah kilang memproses bahan sisa elektronik (e-waste) yang beroperasi secara haram dekat Telok Panglima Garang pada Sabtu, menemukan kira-kira 50 tan anak peluru, kelongsong serta peluru hidup yang disyaki diseludup masuk ke negara ini. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, berkata premis […]










