Category Archives: YANG VIRAL

Potensi perdagangan Malaysia-Pakistan belum diteroka sepenuhnya

Potensi perdagangan dengan Pakistan dilihat besar namun ia belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi perdagangan Malaysia-Pakistan masih sangat rendah setakat ini. “Dua negara ini akui bahawa prestasi perdagangan itu sangat rendah, padahal (mempunyai) potensi yang besar. “Sebab itu kita kenal pasti beberapa projek dan juga langkah yang harus […]

Penjelasan CEO MadaCorp pasal isu tak salam dengan Mat Sabu

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd (MadaCorp), Abdullah Ismail telah mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan isu beliau tidak sambut salam Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau telah menerima kecaman termasuk didakwa bersikap biadap gara gara kejadian yang berlaku pada Program Sentuhan Madani di Kedah, Selasa. Abdullah menjelaskan […]

Penyanyi Khadijah Ibrahim cedera ringan dalam kemalangan jalanraya di Sabah

Melihat pada keadaan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang nampak agak teruk tentu ramai yang tertanya bagaimana nasib pemandu dan penumpangnya. Ini adalah gambar kenderaan itu yang terlibat kemalangan dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu,Sabah pada jam 5.28 petang Isnin. Toyota Hilux ini yang dinaiki penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim dan dua orang […]

PU Azman terus ke Penjara Kajang dari mahkamah Klang

Personaliti TV Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman terpaksa meringkuk di Penjara Kajang mulai hari ini untuk menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen Klang. Ia berikutan hakim Noridah Adam menolak permohonan peguam bela, Mohamad Zahid Ahmad, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan […]

Tiada usul undi tidak percaya diterima hingga kini

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata sehingga kini Parlimen belum menerima sebarang notis rasmi berhubung usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mana-mana ahli Parlimen termasuk pihak pembangkang. Beliau sebaliknya menyifatkan isu tersebut sebagai khabar angin semata-mata. “Setakat ini, saya tidak menerima apa-apa…tiada sebarang dokumen rasmi atau […]

PM lawat tiga pusat penempatan mangsa banjir di Kedah

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu membuat tinjauan di tiga pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir di Kedah. PPS berkenaan ialah Stadium Sultan Abdul Halim yang terletak di daerah Kota Setar dan dua lagi PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah. Pada tinjauan berkenaan beliau telah mengumumkan peruntukan RM13 juta […]

Pasukan MALBATT selamat, kenderaan diserang orang awam di Lubnan

Dua kenderaan Tentera Pengaman PBB Batalion Malaysia (MALBATT 850-11) disahkan diserang di Lubnan, petang kelmarin. Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan berkata kenderaan Fitted For Radio (FFR) MALBATT 850-11 dinaiki tiga pegawai serta tujuh anggota itu diserang sekumpulan orang awam. Namun tiada kecederaan terhadap mana-mana anggota dalam kejadian jam 5.32 […]

Ombak besar di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor kejadian luar biasa – METMalaysia

Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip. Beliau berkata situasi itu terjadi kerana kehadiran bersekali fenomena air pasang besar disebabkan oleh keadaan perigee iaitu kedudukan bulan hampir dengan bumi dan bulan […]

Yang Dipertuan Agong mahu siasatan menyeluruh dan tindakan segera isu rumah amal GISB

Isu hangat mengenai nasib dan kebajikan kanak kanak di rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) turut mendapat perhatian berat dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Pada Selasa menerusi Royal Press Office Seri Paduka bertitah mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil. Baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita […]

Perikatan Nasional tolak MoU dari kerajaan mengenai peruntukkan kepada ahli parlimennya…

Usaha kerajaan untuk bereskan segera soal peruntukkan kepada ahli parlimen Perikatan Nasional berdepan halangan. Ini berikutan keputusan PN sebulat suara menolak dua set deraf cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenainya daripada kerajaan. MoU itu adalah di antara kerajaan dan parti PN serta di antara kerajaan dengan semua ahli Parlimen PN. Keputusan PN itu diumum oleh Ketua […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.