Category Archives: FOKUS

YDP Agong penentu siapa KP SPRM

Hal ini sudah terang lagi jelas. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri memaklumkan hal berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook. Baginda menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan pelantikan tersebut. Ini adalah berkaitan perlantikan calon baharu bagi menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenyataan ini dilihat sebagai peringatan agar proses pemilihan kepimpinan […]

Harga diesel turun 85 sen, RON95 15 sen dan RON97 25sen

Untuk 23 hingga 29 April harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa. Satu kenyataan Kementerian Kewangan memberitahu harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh itu menurun sebanyak 85 sen iaitu RM5.12 seliter berbanding RM5.97 seliter sebelum ini. Harga RON97 tanpa subsidi turut turun 25 […]

Azam Baki jelaskan isu penyelewengan RM230 juta dana menerusi NGO dipercayai untuk zakat

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan untuk jelaskan isu penyelewengan dana RM230 yang disumbang menerusi sebuah NGO dipercayai kutipan yang sepatutnya disalurkan kepada badan zakat negeri. “NGO ini menerima dana daripada pelbagai pihak termasuk komisen kutipan untuk membantu golongan memerlukan. “Bagaimanapun, dana tersebut tidak sampai […]

Subsidi bahan api: kerajaan komited kekalkan bantuan kepada rakyat…tiada perubahan keputusan terburu-buru

Sudah menjadi kebiasaan dalam keadaan tidak menentu akibat krisis geopolitik pelbagai spekulasi,andaian dan gosip berlegar. Dalam keadaan yang cacamarba ini cabaran terbesar bagi kebanyakan orang ialah menentukan maklumat yang tersebar itu dari sumber yang sahih. Atas dasar itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Selasa beri jaminan kerajaan tidak akan melakukan sebarang perubahan […]

1 lagi kapal tangki Malaysia dijangka tiba hujung minggu ini

Sebuah lagi kapal membawa minyak yang berjaya melepasi Selat Hormuz bakal tiba selewat-lewatnya hujung minggu. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata kapal itu dijangka terus memperkukuh jaminan bekalan bahan api Malaysia. “Ini akan menjamin stok bekalan minyak mentah yang akan diproses di beberapa fasiliti refinery (loji penapisan) di dalam negara kita yang memungkinkan bekalan […]

Jaminan pembiayaan RM5 bilion, kelonggaran e-Invois bantu PMKS susulan krisis tenaga global – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat antaranya peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP). Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan itu bagi menyokong PMKS terjejas termasuk […]

Sekatan akses akaun media sosial kanak-kanak bawah 16 tahun dilaksana hujung Jun – Fahmi

Kerajaan akan melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun dijangka hujung Jun ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pelaksanaan perkara itu sebagai langkah memperkukuh perlindungan dalam talian bagaimanapun masih tertakluk kepada penelitian akhir. “MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sedang melakukan regulatory sandbox (medan uji) dengan platform media sosial untuk […]

Trump kritik Pope Leo tapi Malaysia-Australia dokong seruanya pasal keamanan di Asia Barat

Presiden Donald Trump baru-baru ini telah bertindak mengkritik pandangan Pope Leo mengenai krisis Asia Barat…sebaliknya lain cerita pandangan Malaysia dan Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anthony Albanese telah bersuara mendokong seruan pemimpin umat Katholik Kristian itu untuk keamanan dan penamatan keganasan di Asia Barat. Pendirian berkenaan disuarakan mereka dalam sidang akhbar bersama […]

Petronas jamin bekalan bahan api hingga hujung Jun

Dicelah ketegangan dan situasi tidak menentu krisis Asia Barat sekarang Petronas telah muncul dengan khabar gembira. Walaupun dikira kecil tetapi cukup bermakna. Ingat tidak sebelum ini kerajaan beri jaminan bekalan bahan api dijangka bertahan hingga akhir Mei ini. Pada Rabu menerusi satu kenyataan Petronas memberi jaminan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya kekal mencukupi […]

Malaysia desak Amerika timbang semula sekatan keluar masuk Selat Hormuz

Kalut memang kalut.Rasanya kita tidak perlu pergi lebih jauh untuk mendapat gambaran bagaimana kalutnya suasana sekarang gara-gara tindak tanduk terbaru Amerika menyekat pergerakan keluar masuk kapal di Selat Hormuz. Senang cakap kita boleh dengar keluhan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. “Peperangan antara AS-Israel dengan Iran itu adalah hak mereka tetapi dunia tidak boleh jadikan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.