Category Archives: FOKUS

Sin Chew dan Sinar Harian kena denda RM100,000 kerana Jalur Gemilang dan siar maklumat tak tepat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menggesa semua organisasi media dan pengguna media sosial supaya sentiasa memastikan ketepatan dan kesahihan kandungan yang diterbitkan terutamanya apabila melibatkan lambang dan simbol rasmi negara. Serentak dengan itu MCMC memberitahu dua syarikat media tempatan Sin Chew Media Corporation Berhad dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd masing-masing dikenakan denda RM100,000 berkaitan hal […]

Kg Sg Baru: Penduduk tak faham risiko – Azam Baki

Penduduk tidak memahami sepenuhnya tentang risiko, ketiadaan tadbir urus serta perancangan strategik yang teliti, antara punca berlakunya polemik pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata isu perancangan bandar dan guna tanah bukan perkara baharu namun kelemahan pendekatan semasa menyebabkan rakyat akhirnya menjadi mangsa. […]

Syarat pembangunan semula Kampong Sungai Baru harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu – Sultan Selangor

`Polimek berkaitan pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur telah mengundang perhatian dari Sultan Selangor. Pada Khamis baginda mengeluarkan satu kenyataan khusus mengenai hal berkenaan yang antara lain mengingatkan agar keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu. Pembanguan semula kawasan itu melibatkan pembinaan projek mega yang dikenali sebagai KL City Gateway. Ia bertujuan […]

Inkues Zara Qairina: ‘Kak M’ pelajar yang baik, tuduhan terhadapnya sangat kejam – Warden

Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu pada Khamis berlangsung penuh emosi apabila seorang saksi meluahkan kesedihan dan terkilan dengan kecaman netizen atau warga siber. Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31, tidak dapat menahan sebak ketika memberi penjelasan tentang […]

Pesanan PM sempena sempena Hari Malaysia 2025…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu krisis tindak tanduk Israel terhadap Palestin jadi pengajaran bagaimana perlunya  mengenepikan sebarang unsur yang boleh menjejaskan keutuhan sesebuah negara. “Apa yang saya saksikan, kekuatan dunia Islam dan Arab masih sukar menandingi kekuatan Israel. Inilah pengajaran penting bahawa sebuah negara merdeka mesti berpadu tanpa mengira kaum, agama mahupun wilayah.” “Sikap […]

Malaysia gesa negara Islam putus hubungan diplomatik dengan Israel

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel terhadap Doha, Qatar yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ia tindakan biadab terhadap negara yang berdaulat dan provokasi yang membahayakan keselamatan serantau. “Ini satu tindakan sabotaj terhadap usaha perdamaian yang digerakkan Qatar bawah kepimpinan Emir, Sheikh Tamim Hamad Al Thani. “Serangan itu pastinya […]

KEMASKINI : Dah makin melarat…mulanya dua…kini lapan lagi wakil rakyat dapat ugutan video seks

Hal ini serius…tetapi nampak macam sudah ada unsur main main pula. Asalnya Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan rakannya Ahli Parlimen Subang Wong Chen terima ugutan guna video seks…kini setakat berita ini ditulis lewat Ahad malam lapan wakil rakyat lain turut terima ugutan serupa. Maka jumlahnya setakat ini […]

Tangguh dulu himpunan solidariti untuk Zara Qairina hingga selesai inkues

Pada ketika inkues kes Zara Qairina Mahathir sedang berjalan sekarang…enam peguam yang mewakili ibu Allahyarham meminta semua bentuk perhimpunan aman, termasuk acara nyalaan lilin dan himpunan solidariti, dihentikan sementara sehingga prosiding inkues selesai. Inkues berkenaan kini memasuki minggu kedua dimana prosiding jangka melibatkan keterangan daripada 70 saksi dan akan bersambung semula pada 17 Sept. Selama […]

Kecoh di Kg Sungai Baru: Polis tahan 7 suspek

Polis menahan tujuh suspek berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di Kuala Lumppur kelmarin. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kesemua suspek lelaki berusia antara 15 hingga 50 tahun itu ditahan dengan enam daripada mereka direman dua hingga tiga hari bermula semalam, manakala seorang lagi […]

Operasi kosongkan rumah projek Kampong Sungai Baru kecoh…OCPD cedera

Gambar diatas menunjukkan muka Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi,Kuala Lumpur Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman berdarah. Disebelahnya ialah gambar semasa pergelutan yang berlaku dimana beliau alami kecederaan itu. Kejadian menimpa Suzilme semasa rempuhan penduduk yang bergelut untuk masuk ke kawasan operasi mengosongkan rumah yang terlibat dalam projek di Kampong Sungai Baru. Kampong Sungai Baru […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.