Apa pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kontroversi mengenai isu sijil halal yang dicetuskan oleh kenyataan Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh kerana dilihat mencampuri urusan agama Islam? Perdana Menteri tanpa berselindung tidak bersetuju dengan cara Naib Pengerusi DAP dan bekas menteri itu kerana ia mencetuskan kontroversi yang tidak relevan kepada masyarakat. Malah beliau menegaskan kenyataan […]
Category Archives: FOKUS
Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh,Kuala Lumpur Teresa Kok kena tibai ‘keliling pinggang’ gara gara campuri urusan agama Islam dalam isu cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol. Teresa Kok yang juga Naib Pengerusi DAP dan bekas seorang menteri […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alternatif kepada pemotongan subsidi. Anwar, yang juga menteri kewangan berkata perbincangan tertumpu kepada strategi belanjawan dan cara untuk meningkatkan hasil kerajaan dalam usahanya untuk menangani isu kenaikan kos. “Tiada yang khusus (mengenai GST) […]
“Saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi,” itu kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara bergurau apabila mengesahkan kepada media pada Rabu beliau sudah berpoligami dengan seorang anggota polis baru baru ini. Katanya majlis perkahwinan dengan isteri keduanya itu lancar hasil usaha yang diambil isteri pertamanya. “Saya […]
Setelah 25 tahun menjadi Pengerusi DAP negeri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow buat keputusan tidak akan pertahankan jawatan itu pada pemilihan 22 September ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu umum demikian dalam sidang akhbar Rabu. Menurut Chow beliau telah menerima surat pencalonan untuk jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang dari ibupejabat DAP pada 27 Ogos namun telah […]
PENDEKATAN penyiasatan dan perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkukuh dalam usaha mengesan aset yang dicuri oleh penjenayah rasuah, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata, operasi SPRM kini lebih fokus kepada bukan sahaja menangkap pesalah rasuah dan mendakwa mereka di mahkamah, tetapi juga membankrapkan mereka. “Untuk tahun ini sahaja kita dapat […]
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya sendiri mempunyai bukti dan terbuka untuk siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib sama ada […]
Dalam ucapan sempena Hari Kebangsaan 2024,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan pimpinannya tidak akan kompromi dengan perbuatan membawa hasutan kaum, ke arah keganasan dan kebencian dan permusuhan satu sama lain. “Saya tidak peduli apakah disenangi oleh media antarabangsa atau negara luar, tugas kita untuk selamatkan negara Malaysia tercinta ini. “Dan kita gunakan segala kuasa dan […]
Dua individu termasuk Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Raduan Che Rose mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tujuh pertuduhan, masing-masing pecah amanah dan bersubahat, membabitkan nilai RM271,000 pada 2023 dan April lalu. Menurut dua pertuduhan, Raduan, 64, selaku Presiden MPN didakwa secara tidak jujur meluluskan transaksi RM71,000 ke dalam akaun […]
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Gua Musang pagi Selasa atas dakwaan menghasut dalam ucapan semasa ceramah kempen pilihanraya kecil Nenggiri di Felda Perasau pada 14 Ogos. Bekas Perdana Menteri itu minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dibacakan kepadanya di mahkamah itu di […]










