Category Archives: FOKUS

Menteri Kesihatan tolak kemungkinan PKP berkaitan kes cacar monyet

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Selasa beri khabar mengenai virus cacar monyet yang buat ramai menarik nafas lega. Beliau menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan terhadap negara ini susulan kebimbangan berkait kes virus itu. Menurutnya negara masih kekal dengan angka 9 kes positif yang direkodkan tahun lalu dan tiada kes baharu […]

Kerajaan setuju pinda Akta 258, Akta 208 elak penyelewengan badan pemegang amanah

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] dan Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208], bagi mengelakkan penyelewengan dana oleh badan pemegang amanah yang ditubuhkan, antaranya bagi tujuan keagamaan, sosial dan kebajikan. Perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar […]

PM anggap Teresa Kok cetuskan kontroversi yang tidak relevan mengenai isu sijil halal

Apa pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kontroversi mengenai isu sijil halal yang dicetuskan oleh kenyataan Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh kerana dilihat mencampuri urusan agama Islam? Perdana Menteri tanpa berselindung tidak bersetuju dengan cara Naib Pengerusi DAP dan bekas menteri itu kerana ia mencetuskan kontroversi yang tidak relevan kepada masyarakat. Malah beliau menegaskan kenyataan […]

Isu sijil halal : Teresa Kok kena tibai ‘keliling pinggang’

Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh,Kuala Lumpur Teresa Kok kena tibai ‘keliling pinggang’ gara gara campuri urusan agama Islam dalam isu cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol. Teresa Kok yang juga Naib Pengerusi DAP dan bekas seorang menteri […]

Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alternatif kepada pemotongan subsidi. Anwar, yang juga menteri kewangan berkata perbincangan tertumpu kepada strategi belanjawan dan cara untuk meningkatkan hasil kerajaan dalam usahanya untuk menangani isu kenaikan kos. “Tiada yang khusus (mengenai GST) […]

MB Kedah sahkan kahwin dengan anggota polis…isteri pertama pinangkan

“Saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi,” itu kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara bergurau apabila mengesahkan kepada media pada Rabu beliau sudah berpoligami dengan seorang anggota polis baru baru ini. Katanya majlis perkahwinan dengan isteri keduanya itu lancar hasil usaha yang diambil isteri pertamanya. “Saya […]

Chow angkat ‘bendera putih’…

Setelah 25 tahun menjadi Pengerusi DAP negeri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow buat keputusan tidak akan pertahankan jawatan itu pada pemilihan 22 September ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu umum demikian dalam sidang akhbar Rabu. Menurut Chow beliau telah menerima surat pencalonan untuk jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang dari ibupejabat DAP pada 27 Ogos namun telah […]

SPRM fokus bankrapkan penjenayah rasuah, kembalikan aset kepada kerajaan- Azam Baki

PENDEKATAN penyiasatan dan perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkukuh dalam usaha mengesan aset yang dicuri oleh penjenayah rasuah, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata, operasi SPRM kini lebih fokus kepada bukan sahaja menangkap pesalah rasuah dan mendakwa mereka di mahkamah, tetapi juga membankrapkan mereka. “Untuk tahun ini sahaja kita dapat […]

Ahmad Zahid sedia disiasat dakwaan unsur tipu SD

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya sendiri mempunyai bukti dan terbuka untuk siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib sama ada […]

Hasut perkauman : Kerajaan akan guna segala kuasa dan kekuatan yang ada untuk selamatkan negara

Dalam ucapan sempena Hari Kebangsaan 2024,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan pimpinannya tidak akan kompromi dengan perbuatan membawa hasutan kaum, ke arah keganasan dan kebencian dan permusuhan satu sama lain. “Saya tidak peduli apakah disenangi oleh media antarabangsa atau negara luar, tugas kita untuk selamatkan negara Malaysia tercinta ini. “Dan kita gunakan segala kuasa dan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.