TAHUKAH ANDA

Tengku Zafrul jawab pasal kritik Umno Selangor…

Sudah wujud desas desus yang persoal komitmen Menteri Pelaburan, Perdangangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada perjuangan Umno.

Ini gara gara beliau letak jawatan sebagai Bendahari Umno Selangor dan secara terbuka kritik gerak kerja lembab pimpinan Umno negeri itu.

Kini selain dari pegang jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, bekas CEO Cimb Bank ini juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno yang terpilih menerusi pemilihan parti.

Kritikan beliau pada Umno Selangor agak pedas.

Pada 6 April lalu,Tengku Zafrul mendakwa banyak yang “tidak ada” pada Umno Selangor menjadi punca beliau melepaskan jawatannya sebagai bendahari Umno Selangor baru-baru ini.

Katanya Umno Selangor mencatatkan keputusan sangat buruk dalam sejarah, bermula dengan PRU ke-15 pada 2022 diikuti dengan pilihan raya negeri (PRN) kira-kira setahun kemudian.

Dalam keadaan begitu, kata Tengku Zafrul, beliau mengingatkan bahawa keputusan tersebut menjadi amaran terakhir untuk Umno Selangor berubah dan menyedari realiti.

“Sekarang ini sudah lapan bulan selepas PRN, masih tak ada apa-apa,”katanya.

Difahamkan kepimpinan Umno Selangor kurang senang dengan kritikan beliau.

Ketua Penerangan Umno Selangor Mohd Zaidi Md Zain menyifatkan Tengku Zafrul sebagai terasing dan ketinggalan maklumat berhubung gerakan politik negeri.

Ditemui wartawan selepas majlis pelancaran tapak pembinaan Multi- Code Electronics Industries (M) Berhad di Serendah, pada Jumaat Tengku Zafrul menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun sebelum ini mengkritik kepimpinan Umno Selangor.

Beliau menjelaskan kritikannya terhadap Umno Selangor adalah bagi memastikan parti itu bangkit dan terus relevan dalam meraih sokongan rakyat di Selangor

“Saya masih lagi setia dengan Umno. Yang saya kritik itu kontstruktif sebab ingin lihat Umno terus relevan di Selangor dan terus bekerjasma sebab kita kerajaan perpaduan, jadi kena selari dengan Persekutuan.

” (Umno) Selangor juga kena semangat kerajaan perpaduan, yang kita buat di pusat kena juga buat di Selangor,” katanya.- 19/4/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button