RM2 juta wang Jamal Abdillah sangkut dalam skim pelaburan….

Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah harap pihak berkuasa bertindak keatas syarikat pengendali skim pelaburan dimana wang beliau sebanyak RM2 juta sangkut.
Katanya syarikat itu gagal membayar dividen dan memulangkan semula wang pelaburan kepadanya.
Jamal menyertai pelaburan itu pada awal 2018 setelah diperkenalkan oleh seorang ejen dan dijanjikan pulangan 12 peratus setahun.
Antara 2018 sehingga 2020, Jamal membuat empat kali pelaburan dengan melaburkan sejumlah RM2 juta dalam syarikat berkenaan.
Pada tahun pertama, kedua dan ketiga pembayaran dividen berjalan lancar namun masuk tahun keempat ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka tak dapat nak bayar.
Menurutnya, laporan sudah dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun sehingga kini perkara ini belum difailkan di mahkamah.
“Jadi, saya harap pihak kerajaan tengoklah kes ini kerana ia seperti ‘scammer’.
“Jangan dibiarkan begitu sahaja kerana ramai yang kena, bukan saya seorang sahaja. Hampir RM1 bilion mereka kutip termasuk syarikat besar. Sesetengah syarikat sudah terima semula deposit bila mereka failkan di mahkamah,”katanya.
Kata Jamal dia sudah buat semakan di Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan mendapati memang syarikat itu wujud kerana ramai membuat pelaburan.- 18/7/2024