Sudah 15 tahun berlalu sejak kes Teoh Beng Hock,pembantu kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari parti DAP ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam.
Dia yang berusia 30 tahun waktu itu dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan itu selepas disoal siasat semalaman di Ibu Pejabat SPRM Selangor di bangunan itu pada 16 Julai 2009.
Pada 2011 Suruhanjaya Siasatan Diraja memutuskan kematian Teoh kerana bunuh diri.

Kes itu telah menjadi isu politik yang berlarutan sehingga hari ini.
Keluarganya telah meminta DAP mengunakan kekuatan politiknya mendesak percepat siasatan keatas kes itu.
Hari ini…Khamis Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adakan pertemuan dengan keluarga Teoh di pejabatnya di Putrajaya.
Pertemuan itu dihadiri ibu bapa mendiang Teng Shuw Hoi dan Teoh Leong Hwee, anak mendiang Teoh Er Jia dan adiknya Teoh Lee Lan.
Isteri mendiang, Soh Cher Wei turut hadir di bangunan Jabatan Perdana Menteri namun tidak menyertai pertemuan itu.
Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.
Kemudiannya Anwar menerusi hantaran di media sosial umum kerajaan bersetuju supaya pihak polis membuka semula kertas siasatan berkait kes kematian mendiang Teoh.
Perdana Menteri turut memberi jaminan siasatan kali ini akan dilaksanakan secara telus dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak, khususnya mengambil kira pandangan Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 berhubung kes tersebut.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian Teoh berpunca daripada tindakan seorang atau beberapa orang tidak dikenali, termasuk pegawai SPRM yang menyoal siasatnya.
“Saya mendengar segala keluhan dan beberapa permintaan daripada pihak keluarga.
“Saya telah lama mengikuti rapat kes ini dan memahami kesedihan serta penderitaan keluarga yang telah sekian lama memperjuangkan keadilan buat mendiang,” katanya.- 1/8/2024