Daim Zainuddin sudah tiada…

Al-Fatihah….Satu lagi ikon dalam arina politik dan ekonomi negara sudah tiada.
‘Daim yang diam’.Itu adalah antara kata kata yang dikaitkan dengan tokoh ini.
Setelah sekian lama tidak kelihatan di khalayak ramai sejak muncul di komplek mahkamah Jalan Duta,Kuala Lumpur pada 29 Januari 2024 untuk didakwa kes isytihar harta…Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada 8.21 pagi ini.
Bekas Menteri Kewangan,bekas Bendahari UMNO, bekas Ahli Parlimen itu dan bekas tokoh perniagaan itu meninggal dunia di Hospital Assunta di Petaling Jaya pada usia 86 tahun.
Peguamnya Gurdial Singh Nijar dilaporkan kata Daim mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.
Allahyarham yang dikenali sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pertama kali dilantik menjadi Menteri Kewangan pada 1984.Beliau berkhidmat sehingga 1991.
Beliau sekali lagi dilantik ke jawatan itu pada 1999, juga oleh Mahathir, sebelum meletakkan jawatan pada 2001.
Daim pernah menjadi ahli UMNO dan pernah menjadi ahli Parlimen selama lima penggal, dari 1982 hingga 1999 (di Kuala Muda untuk sepenggal, dan di Merbok untuk empat penggal).
Daim mutakhir ini menjadi perhatian selepas SPRM memulakan siasatan ke atasnya berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.- 13/11/2024