Perlis, Selangor, Pahang dan Melaka…pada Jumaat Pulau Pinang jadi negeri kelima isytihar GISB ajaran sesat. Ia diumum Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohamad Abdul Hamid menerusi satu kenyataan. Katanya jawatankuasa fatwa negeri percaya GISB dan rangkaiannya masih terlibat dalam mempromosi ajaran Aurad Muhammadiah. Ia juga menyatakan bahawa GISBH amal perbuatan penindasan dalam aktiviti ekonomi khususnya […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Dewan Rakyat pada Rabu diberitahu bahawa Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang berada di Selatan Lubnan boleh membuat serangan balas terhadap tentera Israel jika kedudukan mereka diancam. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin beritahu demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Ikmal Hisham tanya sama […]
Nooryana Najwa,anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencuri perhatian bila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Beliau kini ialah seorang Exco Puteri UMNO Malaysia yakni jawatan yang dimenangi sewaktu pemilihan parti yang lalu. Perlantikan beliau diumum oleh Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi […]
Kerajaan telah berjaya mendapatkan kembali sejumlah RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 30 September 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata, dana yang dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA) itu, masih berbaki sebanyak RM3.04 bilion. “Kerajaan akan meneruskan usaha untuk mendapatkan semula semua […]
Kekosongan jawatan Penasihat Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) ekoran kematian bekas penyandang Allahyarham Rozaid Abdul Rahman pada 18 Ogos lalu sudah diisi. Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly,62 yakni Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad telah dilantik memegang jawatan itu berkuatkuasa semalam Isnin. Ia diumum menerusi satu kenyataan pada Selasa. Mohammed Shazalli sebelum ini […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melabuhkan tirai terhadap kontroversi kapal tentera China berlabuh di Pulau Pinang baru baru ini dengan menjelaskan hanya kapal Israel sahaja tidak dibenarkan. “Kita nak jelaskan dasar untuk berbaik dengan semua negara, kapal yang nak berlabuh dalam semua pelabuhan kita bagi, semua negara kita izinkan, tiada kompromi, kecuali kapal Israel. […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa segala tindakan Malaysia tatkala mempengerusikan ASEAN pada tahun depan akan diputuskan secara konsensus. Menerusi hantaran di laman Facebook Jumaat malam beliau berkata, Malaysia yang mengambil alih kepemimpinan ASEAN memilih tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ bagi mencerminkan aspirasi kemajuan bersama tanpa ada pihak yang tercicir. “Tahun 2025 menandakan […]
Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan bagi memastikan ajaran serta fahaman dibawa GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak dihidupkan semula. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata perbincangan dengan kerjasama pelbagai agensi antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan […]
SOAL ancaman kedaulatan negara tidak timbul susulan dua kapal tentera laut China berlabuh di Pulau Pinang, kata Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil. Beliau berkata, kapal perang dari negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat, China, India dan dari destinasi lain akan berlabuh di pelabuhan Malaysia, namun semuanya mengikut protokol yang dikendalikan Wisma […]
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Rabu atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas. Muhammed Yusoff Rawther, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Mageswary. Tertuduh didakwa memiliki dua pucuk pistol tiruan itu di tepi jalan berhampiran sebuah […]








