Category Archives: TAHUKAH ANDA

Bekas timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang diumum calon PN di PRK Nenggiri,Kelantan

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang yang kemudian menyertai Bersatu,Mohd Rizwadi Ismail menjadi taruhan Perikatan Nasional (PN) untuk pilihanraya kecil kerusi (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Nenggiri,Gua Musang,Kelantan. Nama Mohd Rizwadi yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diumum oleh Menteri Besar Kelantan, Mohd Nasuruddin Daud di Masjid Hijau Renok, Gua […]

Fahmi bincang lesen media sosial dengan Menteri Singapura, Josephine Teo

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengadakan rundingan dua hala dengan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura Josephine Teo, pada Isnin, memfokus kepada pelesenan platform media sosial. Perbincangan yang berlangsung selama satu jam di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) Singapura itu bertujuan memastikan persekitaran internet yang selamat khususnya untuk seisi keluarga dan kanak-kanak. Suruhanjaya Komunikasi dan […]

BN, Umno perlu kerja keras tangkis persepsi negatif…

Barisan Nasional (BN) dan Umno perlu bekerja keras bagi menangani persepsi negatif yang dilempar musuh politiknya terhadap parti itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu berkata jika persepsi berkenaan tidak ditangani, ditangkis dan diperjelaskan ia akan terus melekat diminda rakyat. “Kita belajar daripada pengalaman […]

Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia

BEKAS Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 Jumaat malam tadi. Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya. Allahyarham, bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas Ahli Parlimen Paya Besar, berusia 75 tahun. “Tan […]

142,510 diberi pelepasan bankrap – PM

Sejumlah 142,510 pelepasan bankrap dicatatkan melalui inisiatif Dasar Peluang Kedua yang dilaksanakan kerajaan, melebihi sasaran awal 130,000 kes, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, dasar ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Prinsip Rukun Ihsan untuk membawa pelaksanaan undang-undang kepada rakyat yang memerlukan. “Kadang-kadang muflis ini disebabkan keadaan ekonomi, sepertimana berlaku Covid-19 […]

Akaun Fleksibel: 3.4 juta ahli KWSP buat pengeluaran RM8.9 bilion

SEBANYAK 3.4 juta daripada 13.1 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun, membuat pengeluaran Akaun Fleksibel berjumlah RM8.9 bilion setakat 19 Julai lepas. Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bagi tempoh sama, sejumlah 29.3 peratus atau 3.8 juta ahli KWSP memilih untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun […]

Ketua Menteri Pulau Pinang nafi anak Karpal Singh akan disingkir sebagai Timbalan Ketua Menteri II

Entah kenapa tiba tiba ribut pasal kedudukan Jagdeep Singh Deo yakni anak kepada mendiang Karpal Singh dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Gara gara itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Selasa buat kenyataan pasal kedudukan Timbalan Ketua Menteri II itu. Beliau menolak spekulasi Jagdeep Singh Deo akan disingkirkan sebagai Timbalan Ketua Menteri II […]

Kanak kanak hilang Sabtu lalu ditemui di hotel murah bersama lelaki 31 tahun

Mengenang beberapa kes kanak kanak hilang termasuk ditemui sudah mati atau hilang terus …kes terbaru ini melibat kanak-kanak berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui cukup melegakan. Bayangkan bukan dekat…kanak-kanak ini hilang di Iskandar Puteri tidak jauh dari Johor Bharu pada Sabtu lalu dan kemudian ditemui dalam keadaan selamat di Batang Kali, Selangor awal pagi […]

Reman suspek kes bunuh Nur Farah disambung tujuh hari

Kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang jenazahnya selamat dikebumikan di Pekan Pahang Khamis lalu terus mencuri perhatian ramai. Pagi Isnin suspek,seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal disambung reman selama tujuh hari lagi oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Suspek berusia 26 tahun itu memakai baju lokap berwarna jingga sambil diiringi anggota polis tiba di […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.