Category Archives: TAHUKAH ANDA

Akmal mohon jawapan kepada isu tahanan rumah Najib

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh membuat kenyataan menerusi facebooknya pada Rabu ekoran pengesahan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Zahid Hamidi berkenaan kewujudan titah adendum (tambahan) bekas YDP Agong agar bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah. Beliau mendesak pihak yang berkaitan menjawab isu berkenaan. […]

PM syukur Nadir dan keluarga bersatu semula

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesyukurannya kerana Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, dapat bersatu semula dengan keluarganya yang berjaya dibawa keluar dari Gaza. Anwar dalam hantarannya di Facebook berkata, beliau turut menyatakan penghargaannnya kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dan Kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan, dalam […]

Saman fitnah Khairy terhadap Lokman selesai tanpa bicara…setuju mohon maaf

Kes saman fitnah bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan usaha vaksinasi Covid-19 kerajaan di Malaysia pada 2021 selesai tanpa bicara pada Isnin. Ini ekoran persetujuan Lokman untuk menerbitkan permohonan maaf secara terbuka kepada Khairy. Permohonan maaf secara terbuka Lokman, yang akan disiarkan di […]

Konflik di Asia Barat : Tabung Haji masih teruskan persiapan musim haji 2024

Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Luar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian […]

Konflik Iran-Israel : Kenyataan PM mengenai situasi terkini di Timur Tengah…

Hari ini saya telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selain pegawai tertinggi Kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di rantau Timur Tengah. Serangan yang dilancarkan Republik Islam Iran adalah tindak balas yang berpunca dari serangan biadab Zionis Israel ke atas […]

MP Bukit Gantang tibai Razali kerana minta kosongkan kerusi…

Salah seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional dari Bersatu yang umum sokong kerajaan, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hentam Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris yang dakwa kerusi wakil rakyat beliau dan enam lagi gengnya sudah tergugur secara automatik ekoran kelulusan perlembagaan Bersatu Pendaftaran Pertubuhan pada 1 April lalu. Ahli Parlimen Bukit Gantang […]

Mari tengok apa cerita krisis Bersatu VS wakil rakyat belot…

Nampak gaya ‘perang besar’ macam sudah nak bermula…Baru masuk hari raya ketiga Ketua Penerangan parti Bersatu Datuk Razali Idris sudah buka langkah mendesak tujuh wakil rakyatnya yang belot segera angkat kaki kosongkan kerusi untuk bolehkan pilihanraya kecil diadakan. Katanya pada Jumaat selari dengan usul pindaan perlembagaan parti itu yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) […]

PM arah selesaikan segera masalah sesak, panas di wad kelas tiga HKL

Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan meneliti keperluan terbabit serta permasalahan lain untuk dibawa kepada perhatian Jemaah Menteri. “Kita lihat sendiri macam kawasan wad kelas tiga […]

Isu kalimah Allah : Tauke Vern’s jumpa Jakim…janji masa depan lebih hati hati

Pengasas syarikat Vern’s Holding Sdn Bhd Datuk Seri Ng Chuan Hoo pada Isnin beri keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu logo di tapak kasut keluarannya didakwa mirip kalimah ALLAH. Beliau yang ditemui wartawan dekat lobi pejabat Jakim di Putrajaya selepas hampir sejam beri keterangan memohon maaf dan bertekad menjadikan isu sebagai satu […]

Kepimpinan Umno Selangor kesal dengan dakwaan Tengku Zafrul…

Seperti yang diduga kepimpinan Umno Selangor ‘kurang senang’ pada teguran Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dakwa Umno negeri itu lesu dan hambar. Akhbar Berita Harian memetik Ketua Penerangan Umno Selangor Mohd Zaidi Md Zain sebagai memberitahu Pengerusi Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin tidak akan menjawab tuduhan Tengku […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.