Category Archives: TAHUKAH ANDA

Warga asing dilarang beli minyak masak bersubsidi mulai 1 Mac

Peraturan yang melarang penjualan minyak masak bersubsidi dalam bentuk bungkusan kepada warga asing dijangka berkuat kuasa mulai 1 Mac, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Armizan Mohd Ali. “Kementerian akan mewartakan peraturan yang melarang bukan warga membeli minyak masak bersubsidi dalam bentuk bungkusan, mengikut peruntukan dalam Peraturan Kawalan Bekalan, yang […]

Penyakit jantung kekal punca utama kematian negara

Penyakit jantung kekal menjadi penyumbang kepada punca utama kematian di Malaysia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan secara purata, penyakit jantung menyumbang kepada 13 peratus daripada keseluruhan kematian dalam negara. Jelasnya, saringan awal amat penting sebagai langkah pencegahan bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tersebut. “Bila kita lakukan saringan untuk mengesan penyakit jantung lebih […]

Mahkamah putus isu kawal selia Petronas – Petros

Isu kawal selia Petronas dan Petros telah dibawa ke mahkamah untuk diputuskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Menurut beliau, semua pihak perlu menunggu keputusan rasmi daripada badan perundangan berkenaan. ” Apa yang berada di sosial media termasuk dada akhbar ada respon daripada Sabah ada respon daripada Sarawak berhubung kait dengan kenyataan tersebut […]

Board of Peace Trump untuk rampas tanah Palestin – NGO Malaysia

Beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik Malaysia mengecam inisiatif ‘Board of Peace’ atau ‘Lembaga Keamanan’ yang digagaskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Rabu, mereka berkata badan itu bukanlah inisiatif keamanan, sebaliknya merupakan kaedah kuasa yang direka untuk mengabsahkan perampasan tanah. Antara lain, mengkomersialkan kemusnahan, dan […]

Semua Exco FAM letak jawatan serta merta

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kesemua ahli jawatankuasa eksekutifnya (Exco) meletak jawatan berkuat kuasa serta merta pada Rabu. Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata keputusan itu dibuat secara kolektif, sebulat suara dan berprinsip. Menurut beliau, FAM mengambil tanggungjawab bersama untuk melindungi integriti dan reputasi persatuan sambil mengurangkan risiko yang boleh menjejaskan bola […]

Melaka bina pelabuhan bagi perkhidmatan ro-ro ke Dumai

Melaka menegaskan semula komitmennya untuk mempercepatkan pembangunan sebuah pelabuhan yang akan menyediakan perkhidmatan feri ro-ro antara negeri itu dengan Dumai di Indonesia, menurut Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Johor Bahru. KJRI dalam satu kenyataan berkata, komitmen itu disampaikan semasa pertemuan di Melaka antara delegasi konsulat yang diketuai Konsul Jeneral, Sigit S. Widiyanto dan delegasi […]

Kerajaan teliti semula Perjanjian ART… jalankan analisis kos-faedah

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menjalankan analisis kos-faedah (CBA) terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika Syarikat yang dimeterai tahun lalu. Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) membantu kementerian dalam melaksanakan analisis berkenaan. “Tumpuan khusus akan diberikan kepada kesan eksport […]

Pelaksanaan JENDELA Fasa 1 hampir selesai – MCMC

Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 capai tahap 99.1 peratus bagi pembangunan infrastruktur digital. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(MCMC) menerusi kenyataan memaklumkan, peningkatan liputan, kapasiti dan kualiti rangkaian mudah alih direalisasikan menerusi pelaksanaan pelan berkenaan. Antara pencapaian utama ialah pembinaan 1,646 menara komunikasi baharu daripada sasaran keseluruhan 1,661 menara, dengan 1,618 daripadanya telah beroperasi […]

Hukuman pemain warisan Malaysia digantung… boleh kembali beraksi

Tujuh pemain kebangsaan yang digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini boleh kembali beraksi dan meneruskan karier bola sepak mereka. Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan, sebentar tadi. FAM mengesahkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan […]

Tengku Zafrul dilantik ahli Biro Politik PKR…

Bekas menteri dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raya yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik menjadi ahli Biro Politik parti itu. Selain Tengku Zafrul, PKR dalam kenyataan pada Ahad memberitahu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam mesyuarat bulanan yang berlangsung hari ini turut melantik pelantikan Datuk Seri Dr […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.