Category Archives: TAHUKAH ANDA

Kebakaran menara komunikasi… MCMC aktifkan WiFi satelit di RnR

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengaktifkan kemudahan WiFi satelit Starlink di Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak arah utara bagi memastikan pengguna lebuh raya mempunyai akses komunikasi. MCMC memaklumkan langkah kecemasan itu susulan kebakaran sebuah menara komunikasi milik Maxis di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, petang semalam. Menurut MCMC, akibat kejadian kebakaran tersebut, liputan perkhidmatan […]

Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands

Kerajaan Negeri Pahang bersedia mengkaji dan meneliti cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands sekiranya projek itu memberikan impak besar kepada rakyat serta pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang cadangan rasmi daripada mana-mana pihak berkaitan projek itu. “Jika laluan […]

Malaysia sambut baik gencatan senjata Kemboja-Thailand – PM Anwar

Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui antara Kemboja dan Thailand, berkuat kuasa pukul 12 tengah hari tadi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan pasukan masing-masing mencerminkan pengiktirafan bersama bahawa sikap bertimbang rasa amat penting demi kepentingan orang awam. Menurut Perdana Menteri, kenyataan bersama itu menggariskan […]

PAS setuju Muafakat Nasional dihidupkan semula

PAS bersetuju dengan cadangan Muafakat Nasional (MN) yang menyaksikan kerjasama antara Umno dan PAS sebelum ini, dihidupkan semula. Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari berkata, cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk menghidupkan semula MN merupakan kunci kepada kekuatan dan kebangkitan semula perpaduan ummah. “Tahniah Ketua Pemuda UMNO. Hidupkan kembali rundingan, tubuh JK […]

Skandal pemain warisan… FAM berdepan krisis kewangan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdepan krisis kewangan melebihi RM8 juta susulan hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan penggunaan tujuh pemain naturalisasi yang didakwa menggunakan dokumen dipalsukan. Badan induk itu dikenakan denda RM1.8 juta oleh FIFA dan kini turut menanggung kos guaman tinggi bagi mencabar hukuman terbabit di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Pengkritik sukan, Datuk […]

Selangor, Putrajaya catat kos sara hidup tertinggi – DOSM

Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kos sara hidup tertinggi merentasi semua kategori isi rumah, berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) 2024. Manakala, Pulau Pinang berada dalam kelompok teratas bagi kebanyakan kategori. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), PAKW merupakan indikator baharu dalam penerbitan Indikator Kos Sara Hidup, bertujuan mengukur tahap perbelanjaan yang diperlukan bagi […]

Gerakan kultus agama semakin agresif sasar golongan belia

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) memberi amaran mengenai penularan gerakan kultus agama dari Korea Selatan yang semakin agresif menular dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pejabat Mufti WP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gerakan kultus berkenaan menjadikan golongan belia dan pelajar universiti di sekitar Lembah Klang sebagai sasaran utama. “Modus operandi gerakan tersebut disifatkan […]

Perlindungan data kritikal untuk kerajaan, perniagaan dan rakyat

Perlindungan data adalah penting dan akan menjadi semakin penting untuk beberapa tahun akan datang apabila urus niaga bersifat lebih digital dan saling berhubung antara satu sama lain, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. “Saya berpendapat kebimbangan seperti ini amat wajar. Saya tidak boleh bercakap untuk mewakili agensi tersebut (agensi kerajaan). Tetapi cara kita mengendalikan data […]

Sakit jantung punca utama kematian di Malaysia

Tahukah anda berdasarkan data Penyakit Jantung Iskemik atau Ischaemic Heart Diseases dikenal pasti sebagai punca kematian utama di Malaysia pada tahun 2024, manakala kes kematian akibat bunuh diri terus menunjukkan trend peningkatan, menurut statistik rasmi negara. Berdasarkan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2025 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini, jumlah keseluruhan kematian pada […]

Isu terbaru berkaitan DNAA Zahid… ini kenyataan Jabatan Peguam Negara

Keputusan untuk memohon pelepasan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada. Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan, permohonan DNAA yang dikemukakan kira-kira dua tahun lalu dibuat berdasarkan keadaan semasa ketika itu, termasuk keperluan untuk menjalankan siasatan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.