Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan merampas barangan berharga milik Albert Tei tanpa pengetahuan seperti didakwa isteri ahli perniagaan itu. SPRM bagaimanapun berkata, senarai barangan yang dirampas sudah diserahkan kepada Albert pada hari penahanannya dan ditandatangani sendiri individu berkenaan. Beberapa barangan seperti telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang disita itu adalah […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Keadaan cuaca yang bertambah baik di kebanyakan negeri sepanjang hari ini membuatkan banjir semakin surut dengan jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri terjejas berkurangan kepada 14,888 orang malam ini, berbanding 18,731 orang petang tadi. Di PERLIS, jumlah penduduk terjejas menurun daripada 3,577 orang pada petang tadi kepada […]
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meletakkan 370 petugas dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang insiden yang berkemungkinan berlaku di ibu negara, susulan amaran monsun dan kesan ribut tropika yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, sebanyak 15 lokasi tumpuan yang berisiko banjir […]
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan yang berlaku situasi mengacu senjata di kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika tangkapan dibuat terhadap ahli perniagaan terbabit di rumahnya, hari ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa proses tangkapan tersebut dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. “Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat pada hari ini […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemulangan 40 peratus hasil Sabah bukan lagi menjadi isu kerana ia akan dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI. Malah, Anwar berkata perkara itu juga telah dijelaskan beliau di Parlimen selaku seorang Perdana Menteri yang mahu membela nasib rakyat Sabah. “Kenapa persoal tentang 40 peratus? Sekarang ini, kerajaan ini menerusi Kabinet […]
Proton Holdings Bhd (Proton) secara rasmi melancarkan Proton Saga serba baharu, menampilkan pelbagai penambahbaikan dari segi reka bentuk, teknologi, dan prestasi. Model terbabit ditawarkan dalam tiga varian, iaitu standard, executive, dan premium dengan harga bermula RM38,990 sehingga RM49,990. Bagaimanapun, bagi tempoh rebat pelancaran sehingga 31 Disember 2025, harga setiap varian dikurangkan masing-masing kepada RM37,990, RM43,990, […]
Ribut tropika (Senyar) dikesan memasuki utara perairan Selat Melaka menuju barat Semenanjung, berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora khususnya di negeri barat dan tengah Semenanjung mulai hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ribut tropika dengan kelajuan sekitar 24 kilometer sejam (km/j) dikesan di […]
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memohon mangsa banjir di seluruh negara supaya mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pemindahan sementara (PPS) serta melengkapkan maklumat dalam aplikasi MyIBJKM untuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 disalurkan dengan cepat dan teratur. Ketua Pengarah NADMA Meor Ismail Meor Akim berkata pendaftaran rasmi dengan JKM di PPS merupakan […]
Situasi banjir di Kelantan tidak banyak berubah menjelang tengah malam tadi. Angka penduduk terjejas yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) hampir 11,000 orang. Setakat pukul 11.00 malam, kemaskini Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, 66 PPS beroperasi menempatkan lebih 4,000 keluarga membabitkan sembilan jajahan. Tumpat kekal tertinggi dengan merekodkan hampir 4,500 penduduk […]
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini berusaha membangunkan sistem amaran awal banjir menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelaksanaan inisiatif berkenaan adalah untuk menggantikan sistem amaran sedia ada menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). “Sistem amaran awal CBS adalah […]










