Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara ditetapkan RM3.25 seliter dan RM2.65 seliter, bagi tempoh 13 hingga 19 November ini. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit bahan api itu ditetapkan seiring dengan peningkatan harga minyak dunia. Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempromosikan model kenderaan elektrik (EV) keluaran Perodua semasa menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan minggu depan. Menurut beliau, peluang lawatan itu akan dimanfaatkan untuk memperkenalkan dan memperluas potensi EV Perodua ke pasaran antarabangsa. “Saya akan menjadi pegawai pemasaran utama Perodua, mempromosikan EV tersebut ke Afrika Selatan,” katanya […]
Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Sebaliknya beliau berkata keuntungan yang diperoleh Petronas jauh lebih rendah daripada 10 peratus selepas mengambil kira kos operasi, modal penerokaan dan modal pengeluaran minyak serta cukai jualan. […]
Berentap sakan… Perikatan Nasional (PN) mengumumkan senarai 41 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU) Sabah kali ini. Lebih 90 peratus daripada calon yang diketengahkan kali ini merupakan muka baharu, menggambarkan komitmen PN untuk menawarkan kepimpinan segar dan berwibawa bagi memperjuangkan suara rakyat Sabah. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, […]
Lama tak dengar cerita bekas Ketua Penerangan UMNO era Datuk Seri Najib Razak Datuk Seri Ahmad Maslan. Sejak jadi Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan dalam kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan, Ahmad Maslan jarang-jarang muncul di media massa. Dalam senyap, bekas Timbalan Menteri Kewangan ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (Phd) pada Majlis Konvokesyen ke-38 Universiti […]
Selepas Presidennya Datuk Ewon Benedick meletak jawatan Kabinet… Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada Isnin umum keluar daripada Pakatan Harapan (PH). Untuk rekod, UPKO adalah parti dengan majoriti ahli Kadazan Dusun dan Murut atau (KDM) yang membentuk kekuatan utama kaum Bumiputera di Sabah. Menurut UPKO, keputusan itu dibuat selepas wujud beberapa perbezaan termasuk pertikaian hak […]
Pulak dah… Susulan kesilapan teknikal yang diakui sendiri Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyaksikan kemungkinan isu tujuh pemain negara yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bakal memasuki episod baharu. Difahamkan, tujuh tonggak sedang berkira-kira untuk menuntut ganti rugi kepada FAM yang sebelum ini mengakui berlakunya kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen dilakukan kakitangan pentadbiran FAM. Menurut […]
Institusi pengajian tinggi tidak seharusnya dijadikan sebagai platform berpolitik. Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah institusi tersebut merupakan tempat untuk mencari ilmu, bukan medan untuk menabur fitnah. Baginda menggesa para graduan agar menggunakan ilmu dengan kebijaksanaan dan menjadi individu yang membina dan bersatu, bukan meruntuh dan memecah-belahkan. Ilmu juga titah baginda perlu dipelihara dengan […]
Tumpuan kes suapan dan pengubahan wang haram Muhyiddin di mahkamah hari ini Sebutan kes bagi empat tuduhan salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan tiga kes pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula hari ini. Sebutan kes ditetapkan selepas bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional […]
Kerajaan MADANI komited memperkukuh infrastruktur digital dan memperluas pembangunan komuniti di Sabah bagi memastikan rakyat negeri itu menikmati capaian internet yang lebih stabil dan berkualiti. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bukan sahaja untuk meningkatkan liputan internet tetapi juga memperkasa masyarakat melalui pembelajaran sepanjang […]










