Category Archives: TAHUKAH ANDA

WCE: 19 pemilik diberi seminggu kosongkan tanah di Kampung Jawa

19 pemilik tanah di Kampung Jawa, Klang diberi tempoh tujuh hari bermula hari ini untuk mengosongkan tanah masing-masing bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat (WCE). Exco Perumahan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata keputusan itu dicapai hasil mesyuarat bersama semua agensi berkaitan termasuk Pejabat Tanah dan Daerah Klang, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), […]

FIFA tolak rayuan… kekal hukuman untuk FAM dan pemain

Jalan mati… Jawatankuasa Rayuan FIFA hari ini mengekalkan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain yang terlibat dalam isu pemalsuan dokumen kewarganegaraan. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan FIFA, jawatankuasa itu memaklumkan keputusan rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan pemain-pemain terbabit telah ditolak selepas sesi pendengaran dijalankan. Antara hukuman yang dikekalkan ialah […]

‘Muslim Choice’ bukan perakuan, penandaan halal diiktiraf pihak berkuasa

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan penggunaan istilah Muslim Choice atau seumpamanya yang diperkenalkan mana-mana pihak, bukan perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf pihak berkuasa. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, istilah diperkenalkan Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) itu antara lain boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis. […]

Lebih 413,000 calon duduki SPM 2025 mulai hari ini

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bermula hari ini, melibatkan 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 127,526 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran urusan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. KPM turut memaklumkan pihaknya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana atau penularan wabak penyakit, dengan calon yang […]

BUDI95: Lebih 13 juta rakyat nikmati subsidi RM800 juta pada bulan pertama

Seramai 13.1 juta rakyat melakukan transaksi di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan nilai perbelanjaan RM2.66 bilion dalam bulan pertama pelaksanaannya bermula 30 September lalu hingga semalam. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu melibatkan pembelian 1.33 bilion liter petrol RON95 bersubsidi dengan jumlah subsidi kerajaan kira-kira RM800 juta bagi meringankan […]

MCMC teliti ekosistem permainan dalam talian

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti ekosistem keseluruhan aplikasi permainan dalam talian bagi mengambil langkah paling selamat dan adil untuk semua pihak. Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, keperluan mewujudkan pelesenan atau pengesahan identiti juga sedang dipertimbangkan bagi memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada kemudaratan dalam talian, khususnya melalui permainan dan […]

Standard halal Malaysia kekal jadi penanda aras global

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa beriltizam penuh untuk memastikan sistem pensijilan halal Malaysia terus menjadi penanda aras global, sentiasa menepati prinsip syariah dan diterima pakai oleh negara Islam dan bukan Islam. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dalam satu kenyataan memberitahu sebarang dakwaan bahawa negara berkompromi terhadap standard halal adalah tidak benar dan tidak […]

PPUMCare: RM5.5 Juta dikumpul untuk bantu Pesakit B40

Majlis Makan Malam Amal ‘A Night To Care: Harapan Buat Pesakit Yang Memerlukan Rawatan Melalui PPUMCare’ anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai berjaya mengumpul RM5.5 juta bagi Tabung PPUMCare. Dana itu akan dimanfaatkan bagi membiayai rawatan, ubat-ubatan serta peralatan perubatan pesakit kurang berkemampuan, khususnya dalam kalangan B40. Isteri […]

Malaysia dapat bekalan elektrik dari Singapura, Thailand ketika kecemasan

Tahukah anda… Singapura dan Thailand telah mengeksport bekalan elektrik masing-masing pada kapasiti 500 megawatt (MW) dan 300 MW ke Malaysia sewaktu insiden gangguan bekalan elektrik pada 15 Oktober lalu…? Pertama kali mendedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata inisiatif […]

Mahkamah benarkan permohonan MCMC sekat dua saluran Telegram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis membenarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendapatkan injunksi Erinford terhadap Telegram Messenger Inc dan pentadbir dua saluran Telegram, bagi menghalang mereka daripada terus menerbit atau menyebarkan 33 artikel berunsur fitnah dan berbahaya sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan diselesaikan. Hakim Mahazan Mat Taib membuat keputusan itu selepas […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.