Category Archives: TAHUKAH ANDA

Sekatan peminjam PTPTN ke luar negara langkah wajar

Pelaksanaan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkemampuan tetapi gagal membayar balik pinjaman merupakan langkah wajar bagi memastikan mereka menunaikan tanggungjawab kewangan. Penganalisis politik Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, langkah ini bertujuan memastikan mereka yang berjaya hasil daripada bantuan PTPTN lebih bertanggungjawab melangsaikan hutang mereka. “Ada […]

Gaya hidup baru lahirkan ‘generasi makan luar’… – DOSM

Tahukah anda… corak perbelanjaan rakyat Malaysia kini semakin berubah apabila perbelanjaan di restoran dan perkhidmatan penginapan mencatatkan peningkatan ketara kepada 17 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan isi rumah pada 2024. Dapatan itu adalah Laporan Tinjauan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Peningkatan itu menjadikan kategori restoran dan penginapan sebagai […]

Tiga warga Indonesia maut, tiga parah kemalangan di Lahad Datu

Tiga warganegara Indonesia maut manakala tiga lagi cedera parah, selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Batu 18, Jalan Sandau Lahad Datu pada Khamis. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata mangsa yang maut, terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berumur antara 36 hingga 41 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi […]

Malaysia tolak hubungan diplomatik dengan Israel – Fahmi

Malaysia kekal dengan pendirian tegas menolak sebarang bentuk hubungan diplomatik dengan Israel serta terus menyokong perjuangan membebaskan rakyat Palestin. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah tegas itu turut merangkumi larangan terhadap pesawat Israel melintasi ruang udara negara dan pengharaman kapal yang mempunyai kaitan dengan rejim Zionis daripada berlabuh di pelabuhan Malaysia. Menurut beliau, dasar […]

PM sampaikan taklimat Belanjawan MADANI 2026 kepada media

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan taklimat mengenai Belanjawan MADANI 2026 kepada pengamal media, tengah hari tadi. Beliau memaklumkan Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan tetapi ia adalah cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang. “Justeru, saya tegaskan media turut memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif reformasi […]

Lepas bubar DUN… Hajiji atur strategi politik kekal kuasa

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) gabungan itu, yang pertama diadakan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam. Menurut kenyataan Jabatan Ketua Menteri Sabah, mesyuarat berkenaan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan merupakan pertemuan pertama selepas Parti […]

Orang yang hisap rokok menurun, tetapi vape meningkat pesat – WHO

Tahukah anda… kini orang yang hisap rokok semakin berkurangan di seluruh dunia, bagaimanapun rokok elektronik (vape) kini mencetuskan gelombang baharu ketagihan nikotin, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jumlah pengguna tembakau menurun daripada 1.38 bilion pada 2000 kepada 1.2 bilion pada 2024, dan sejak 2010, pengguna tembakau menurun sebanyak 120 juta, penyusutan sebanyak 27 peratus secara […]

Anwar ajak rakyat sertai Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada jam 8 malam, esok,Rabu. Anwar berkata, himpunan itu bagi menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama wira dan wirawati yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), baru-baru ini. […]

Israel, Hamas mula rundingan damai di Mesir…

Israel dan Hamas memulakan rundingan tidak langsung di Sharm El-Sheikh, Mesir bagi membincangkan pelan damai yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang di Gaza. Menurut pegawai Palestin dan Mesir kepada BBC, sesi rundingan tertumpu kepada usaha “mewujudkan keadaan di lapangan” bagi pertukaran tahanan yang menyaksikan semua tebusan Israel dibebaskan sebagai pertukaran kepada sejumlah tahanan […]

Pendirian Malaysia mengenai pelan damai Trump antara tumpuan Dewan Rakyat

Pendirian Malaysia terhadap pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung konflik Palestin-Israel menjadi tumpuan utama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan itu terkandung dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang akan dibangkitkan oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kepada Perdana Menteri. Beliau juga […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.