Category Archives: TAHUKAH ANDA

PM terima kunjungan UKEC

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kunjungan belia dari Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC) semalam. Pelajar itu kini ada yang sedang bercuti serta menjalani latihan amali di syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia dan luar negara. UKEC mewakili lebih 16,000 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian […]

PAS Johor bimbang pusat data bernilai RM164.45 bilion ganggu bekalan air, elektrik

PAS Johor menyatakan kebimbangan berhubung kesan pembangunan pusat data bernilai RM164.45 bilion di negeri itu, dengan menegaskan bahawa kemajuan yang dijanjikan mesti memberi manfaat langsung kepada rakyat Johor, bukan sekadar angka pelaburan di atas kertas. Menurut Ketua Penerangan PAS Johor, Abu Irfan Muhammad Al-Urduni, projek mega berskala gergasi itu berpotensi mengubah landskap sosioekonomi dan sumber […]

Lagu hit di Tik Tok… Pesara KTMB cerita kisah cipta lagu untuk Zara

Gabungan teknologi kecerdasan buatan atau AI dengan seni muzik dan fotografi menjadi medium baharu dalam menyampaikan mesej kesedaran sosial dalam kalangan masyarakat. Itulah pendekatan penulis lagu, Norsalim Ali menerusi karya terbarunya ‘Justice for Zara Qairina’ sebagai solidariti terhadap kematian remaja perempuan berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Beliau yang juga pesara Keretapi Tanah Melayu […]

Projek perumahan ‘sakit’ meningkat… Selangor, Johor antara paling tinggi

Jumlah projek perumahan ‘sakit’ di Malaysia terus meningkat kepada 360 projek membabitkan 59,436 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar keseluruhan (GDV) mencecah RM59.31 bilion setakat 30 Jun 2025. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata data terkini menunjukkan peningkatan 3.15 peratus berbanding Mei 2025 yang mencatat 349 projek ‘sakit’. Menurutnya, […]

Persenda lagu Negaraku… MCMC ambil keterangan dua individu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berhubung tular klip video didakwa mempersenda dan tidak menghormati lagu kebangsaan, Negaraku. SKMM dalam kenyataan berkata sesi rakaman keterangan dijalankan di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya, semalam. “Turut disita bagi tujuan siasatan ialah sebuah telefon bimbit dan sekeping kad SIM. “Kes disiasat mengikut […]

KSN lancar Laman Malaysia Madani di Taman Batoni Putrajaya

Laman Malaysia MADANI, sebuah ruang landskap beridentiti nasional yang mengangkat citra negara melalui elemen reka bentuk mencerminkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, dilancarkan di Taman Botani Putrajaya pada Selasa. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Laman Malaysia MADANI bukan sekadar taman hiasan, malah berfungsi sebagai medium pendidikan […]

Masjid, surau bawah JAKIM, JAWI diarah buat solat hajat untuk Zara

Semua masjid dan surau bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin buat Allahyarham Zara Qairina pada esok, selepas solat Maghrib. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, arahan itu sebahagian daripada usaha kerajaan […]

Kematian Zara Qairina… Pembangkang minta penjelasan polis

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan pihak polis mengenai kes membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar, Zara Qairina Mahathir. Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menuntut penjelasan pihak polis mengapa bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Zara Qairina gagal dilaksanakan di peringkat awal susulan kematian pelajar itu. Perkara itu […]

Diplomasi budaya Malaysia-India… PM saksikan filem epik Taj Mahal

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni sahabat lamanya, pengarah dan penerbit filem tersohor India, Akbar Khan dengan meluangkan masa bersama menonton filem Bollywood Taj Mahal: An Eternal Love Story. Datuk Seri Anwar berada di lokasi selama kira-kira 30 minit bagi menyaksikan sebahagian babak filem epik itu yang memaparkan kisah percintaan agung Maharaja Mughal, Shah […]

Johor negeri pertama guna air kumbahan terawat untuk pusat data

Kekerapan gangguan air di Johor memang meruncing bukan sahaja orang ramai tetapi juga pelabur dan pihak industri. Kewujudan banyak pusat data yang baharu dibina di negeri itu menambah parahnya lagi situasi, tapi ada jalan lain menganti sumber air bersih untuk pihak industri terutamanya pusat data yang menggunakan banyak air untuk menyejukkan komponen-komponen mereka. Johor kini […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.